
Najib Razak Belanja RM606.51 Juta Dalam Masa Tiga Tahun – Bekas Pengurus Perhubungan AmBank
15 Julai lalu, Naib Presiden Kanan Ambank, Yeoh Eng Leong yang bertanggungjawab bagi “credit card authorisation and fraud management” memberitahu mahkamah bahawa dua kad kredit Datuk Seri Najib Razak digunakan untuk membelanjakan RM3.3 juta dalam masa sehari di butik barang kemas mewah (De Grisogono) di Itali pada 8 Ogos 2014.
Beliau yang hadir sebagai saksi ke-47 kes penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta menyatakan bahawa sejumlah RM456,360.51 telah dibelanjakan menggunakan kad kredit Visa Platinum dan RM2,864,309.54 menggunakan kad kredit Master Platinum.
Semalam, seorang bekas pengurus perhubungan di AmBank, Joanna Yu Ging Ping memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa RM606.51 juta telah didepositkan dan dibelanjakan oleh Datuk Seri Najib Razak melibatkan tiga akaun banknya dalam masa tiga tahun.
Menurut dokumen bank yang dikemukan di mahkamah, jumlah tepat bagi nilai yang dikreditkan ke dalam akaun tersebut adalah RM606,510,434.66 dengan nombor akaun 2112022011-898, 2112022011-906 dan 2112022011-880.
Joanna turut memberitahu mahkamah bahawa tiada pertanyaan daripada Datuk Seri Najib mengenai sumber dana yang didepositkan ke akaun beliau (DS) kerana beliau terus mengeluarkan cek selain daripada beliau yang tidak pernah memfaikan sama sivil terhadap AmBank kerana akaunnya disalah guna.
Mahkamah: DS Najib Tun Razak belanja RM606.51 juta dalam tempoh tiga tahun – Bekas Pengurus Perhubungan di AmBank Joanna Yu Ging Ping pic.twitter.com/owsVEMjVDA
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) August 6, 2019
Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Sumber: MStar, MalaysiaKini, Astro Awani
Makin banyaklah peluang pekerjaan dengan adanya JStarS ini.
JStarS Group and KOLS : Grand Launch
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.