
Najib Razak Bakal ‘Bintangi’ Siri Dokumentari Netflix ‘Dirty Money’ Musim 2
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor bakal membuat penampilan dalam siri dokumentari Netflix, Dirty Money untuk musim kedua.
Ahli Parlimen Pekan itu akan muncul dalam satu episod yang dipanggil ‘Man at the top’ yang diarahkan oleh Zach Heinzerling.
Menerusi deskripsi Netflix tentang episod berkenaan, dokumentari itu akan mengadakan wawancara dengan Najib Razak.
“Dirty Money memberikan pandangan seseorang secara dekat yang tidak diceritakan kepada umum mengenai skandal yang terpalit, penyelewengan kewangan dan rasuah dalam dunia perniagaan,”
“Musim ini akan menerokai kes empayar hartanah Jared Kushner, skandal perbankan Wells Fargo dan kes rasuah 1MDB Malaysia.”

Najib Razak ketika ini dibicarakan kerana didakwa terlibat dalam penyelewangan wang 1MDB dan bekas anak syarikatnya SCR International. Turut didakwa dan sedang dibicarakan kerana menganggu laporan audit mengenai 1MDB.
Untuk makluman, dokumentari Dirty Money ialah siri penyiasatan mengenai korupsi korporat dan kerajaan. Musim kedua siri ini dijangkan akan dilancarkan pada 11 Mac 2020.
Trending now



