
MyKad Dan Pasport Malaysia Antara Produk Yang Dijual Secara Haram Laman Di Web Ini
Roti sosej gulung memang merupakan kegemaran ramai orang.
Tambah lagi jika roti tersebut disalut dengan taburan gula halus atau pun serbuk kayu manis.
Seorang wanita di melalui FB Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) telah tular kerana hantaran resipi roti sosej gulung yang beliau hasilkan lain daripada yang lain.
Sesuai dengan tema hari Jumaat, wanita yang dikenali dengan nama Princess Larra Lanna telah menghasilkan roti sosej yang berbungkus seperti jenazah dengan mata tersembul.
Memberikan mesej keinsafan dalam menunya, beliau turut mendakwa resipi roti sosej ini mampu membolehkan ianya tahan tidak disentuh walaupun tiga jam sudah berlalu.
Disukai lebih 26,000 orang,di ruangan komen rata-rata daripada ahli group teruja dengan hasil kreatif beliau.
Anda bagaimana, mahu cuba jika roti sosej keinsafan ini dihidangkan pada anda?
Sumber: Princess Larra Lanna
Trending now



