MyCar Bertukar Kepada Aplikasi Baharu, Tambah Tiga Lagi Perkhidmatan

MyCar Super App

Aplikasi Baharu MyCar -MyCar Super App

Dengan adanya beberapa aplikasi e-panggilan atau perkhidmatan perkongsian kenderaan di Malaysia, ramai boleh membuat pilihan sendiri memilih perkhidmatan yang bertepatan dan juga mengambil peluang berkhidmat sebagai pemandu.

Kita sedia maklum, antara aplikasi e-panggilan yang menjadi pilihan pengguna seperti Grab, EzCab dan MyCar. Tetapi yang sering mendapat perhatian ialah Grab.

Mungkin selepas ini kita mempunyai pilihan tambahan kerana MyCar kini melakukan penyelesaian yang lebih berkesan di platform medianya dengan menaiktaraf perkhidmatan aplikasi semasa kepada aplikasi baharu iaitu MyCar Super App.

Dengan naik taraf tersebut, Platform Apps Sdn Bhd, pembangun aplikasi berkenaan meminta pengguna untuk memuat turun MyCar Super App melalui Google Playstore dan Apple Store serta memadam aplikasi yang lama dengan segera.

Pengasas MyCar, Mohd Noah Maideen berkata selain perkhidmatan e-hailing, transformasi MyCar menawarkan penghantaran makanan dan minuman halal (MyCar Eats), penghantaran barangan (MyCar Delivery) dan pembelian dalam talian (MyCar Shop).

Menerusi aplikasi baharu ini, pengguna diberi kebebasan untuk memilih perkhidmatan yang disediakan di dalamnya yang dikatakan mesra pengguna dan menjimatkan masa. Difahamkan, pelancaran rasminya dijadual berlangsung pada 8 Ogos tetapi pengguna boleh menggunakannya sekarang.

MyCar Super App
Sumber: FB MyCar Super App

Manakala perkhidmatan penghantaran makanan MyCar dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada Ogos depan manakala aplikasi penghantaran barangan dan pembelian dalam talian pula dijadualkan akan beroperasi selepas itu.

“MyCar Super App diperkenalkan untuk memudahkan urusan harian para pengguna dan berharap ia dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan COVID-19.

“Salain itu, ruang pengiklanan untuk produk atau perkhidmatan turut ditawarkan menerusi rangkaian kenderaan MyCar,” katanya.

Sumber: Bernama