MYAirline Pesaing Baharu Penerbangan Tambang Murah

MYAirline – Pesaing Terkini Syarikat Penerbangan Tambang Murah Di Malaysia Bakal Dilancar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi mereka yang sering menggunakan pesawat sebagai pengangkutan untuk urusan kerja, melancong dan sebagainya, ini merupakan berita gembira apabila tidak lama lagi bakal dilancarkan sebuah syarikat tambang murah yang dikenali sebagai MYAirline.

Kewujudan pesawat itu dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial @theplanespapanazzi.

“MYAirline akan menggunakan pesawat jenis A320 bagi operasi penerbangan.

“Foto diambil ketika pesawat melakukan ujian pra penerbangan dan salah satu pesawat yang digunakan adalah merupakan bekas pesawat milik Air Asia Thailand,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi mereka, pesawat MYAirline sudah mula dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal bulan Mei yang lalu.

Penubuhan syarikat berkenaan bakal mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain iaitu AirAsia Group Bhd terutama dari segi persaingan harga.

Difahamkan ketika ini, MYAirline sedang dalam proses dan tawaran peluang pekerjaan juga telah dibuka menerusi laman webnya.

MYAirline Pesaing Baharu Penerbangan Tambang Murah

Antara jawatan yang sedang dicari adalah seperti berikut:

  • Pereka laman web
  • Eksekutif media sosial
  • Jurutera MCC
  • Eksekutif jualan
  • Eksekutif pengedaran
  • Pereka grafik

Untuk makluman, MYAirline Sdn Bhd adalah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur dan merupakan salah satu dari dua syarikat penerbangan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).