
Muslim Afghanistan Dan Rohingya Terpaksa Murtad Demi Dapatkan Kerakyatan Di India
Menurut portal Economic Times, Muslim Afghanistan dan kaum Rohingya terpaksa menukar agama mereka kepada Kristian bagi mendapatkan kerakyatan India di bawah Undang-undang Kewarganegaraan (Pindaan) (CAA). Dalam satu laporan, hampir 25 kes berkenaan pertukaran agama itu sudah dapat dikenal pasti.
Perundangan yang diluluskan oleh Parlime pada tahun lalui mula dilaksanakan bermula 10 Januari tahun ini membolehkan pendatang asing bukan Muslim dari Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan untuk memohon kewarganegaraan. Namun Kementerian Dalam Negeri Union masih belum memberitahu peraturan bagi Akta tersebut.
Menurut ketua sebuah geraja di bahagian selatan Delhi, Adib Ahmed Maxwell, selepas daripada CAA diperkenalkan, beliau mendapati sejumlah besar Muslim Afghanistan menghantar permohonan ingin memeluk agama Kristian.
Dalam data rasmi, seramai 150 hingga 160 ribu Muslim Afghanistan dilaporkan tinggal di Delhi sahaja, dan hampir 40,000 orang daripada komuniti Muslim Rohingya berada di India terutamanya di kawasan Jammu dan Kashmir.

Akta CAA merupakan undang-undang Parlimen India yang mengubah Undang-Undang Kewarganegaraan India 1955 bagi membuka peluang kepada pendatang asing tanpa izin yang beragama Hindu, Sikh, Buddha, Jain, Parsis dan Kristian dari negara Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan yang memasuki India pada atau sebelum 31 Disember 2014 untuk mendapatkan kewarganegaraan India yang sah.
Di bawah undang-undang ini, syarat untuk mendapatkan kewarganegaraaan dengan naturalisasi juga dikurangkan dari 11 tahun kepada lim tahun. Namun ianya langsung tidak menyebut mengenai pendatang asing yang beragama Islam.
Susulan pindaan CAA yang nyata berat sebelah itu, sebanyak 36 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia telah menuntut agar kerajaan India meminda semula peraturan yang disifatkan sebagai anti-Islam.
Daripada 1.328 bilion populasi di India, 80.5% (1.03 bilion) daripadanya beragama Hindu, 13.4% (171 juta) daripadanya adalah Muslim, 2.3% (29.48 juta) adalah Hindu, 1.9% (24.3 juta) adalah Sikh, 1.8% (23.07 juta) beragama lain-lain dan 0.1% (1.2 juta) tidak dapat dikenal pasti.