Musim Hujan Barang Naik Harga

Musim Hujan Jadi Alasan Peniaga Jual Barang Basah Melebihi Harga Maksimum

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Saban tahun, isu kenaikan harga barangan terutamanya barangan basah seperti sayuran, ayam dan daging menjelang hujung tahun merupakan isu yang seringkali timbul dalam kalangan peniaga terutamanya peniaga runcit.

Menurut laporan daripada Bernama, tinjuan mereka di pasar sehari SImpang Kuala, Kedah mendapati ada peniaga yang menjual ayam pada harga RM8 hingga RM8.50 sekilogram berbanding harga RM7.30 seperti yang telah ditetapkan.

Segelintir peniaga dikesan menjual barangan basah melebihi harga yang ditetapkan menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dengan alasan musim hujan menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barangan bagi menampung kos operasi.

Musim Hujan Barang Naik Harga 1
Sumber: Berita Harian

Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2019 bermula Sabtu lepas untuk tempoh 14 hari, dengan 19 barang disenarai di bawah harga kawalan antaranya ayam standard, kacang dal Australia, bendi, daging kambing tempatan bertulang dan ayam hidup.

Para peniaga memberitahu mereka terpaksa menaikkan harga kerana berlakunya kenaikan pada harga jualan pembekal yang terpaksa menaikkan harga berikutan daripada bekalan yang berkurangan menjelang musim tengkujuh ini.

Jika anda sebagai pengguna mendapati ada peniaga yang ingkar dengan peraturan ini bolehlah melaporkan kepada pihak berkuasa KPDNHEP di talian 1-800-886-800 ataupun melalui sistem e-Aduan di pautan INI.

Untuk ketahui mengenai harga yang telah ditetapkan, anda bolehlah melawat laman web KPDNHEP di SINI.

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2Wj8RzFmRs/