
‘Murder Mystery’ Ungguli Carta Siaran Netflix Paling Popular Untuk Tahun 2019
Filem komedi ‘Murder Mystery’ lakonan Adam Sandler dan Jennifer Aniston yang ditayangkan di Netflix pada 14 Jun lalu berjaya mengungguli carta siaran paling popular di Netflix untuk tahun 2019.
BACA: Tonton Trailer ‘Murder Mystery’ Gabungan Lakonan Adam Sandler Dan Jennifer Aniston
Filem arahan Kyle Newacheck ini berjaya mengalahkan filem lain yang lebih popular dan hebat termasuklah ‘Stranger Things 3‘, ‘6 Underground‘, ‘The Incredibles 2’, ‘The Irishman’, ‘The Witcher’, ‘The Triple Frontier’, ‘Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile’, ‘The Umbrella Academy’ dan ‘The Highwaymen‘.
Ramai yang menjangkakan filem arahan Martin Scorsese, ‘The Irishman’ akan mengungguli carta kerana berjaya mencatatkan tontonan global sebanyak 26 juta dalam masa seminggu.
BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Tonton Filem Netflix ‘The Irishman’ Tanpa Rasa Bosan
Walaupun filem ‘Murder Mystery’ paling banyak ditonton, namun cara Netflix untuk pemilihan carta dikatakan sedikit pelik kerana menggunakan metrik yang berbeza.
Netflix kini menggunakan kaedah penyenaraian bilangan pelanggan yang menyaksikan sekurang-kurangnya dua minit dari durasi penuh siri, filem atau khas untuk 28 hari pada perkhidmatan streaming berbanding menggunakan pemilihan tontonan pengguna sebanyak 70% atau satu episod dari durasi penuh rancangan.
Untuk rekod, pada 11 Disember perkhidmatan penstriman Netflix sudah mempunyai pengikut global seramai 158 juta.
Sumber: CNN Business