Mural Wajah Agong, Barisan Wira Negara Oleh Pemuda Ini Dapat Perhatian House Of Pahang

Mural Agong Barisan Wira Negara
Sumber: FB Suhaimi Ali

Lukisan mural wajah KDYMM Agong dan barisan wira negara.

Nama Malaysia semakin dilihat dan menjadi fokus dunia atas kejayaan menangani penularan COVID-19. Populariti ini menjadi sebutan ramai dan tular kerana keajaiban dan kehebatan Malaysia mengorak langkah dalam membendung wabak berbahaya tersebut.

Rata-rata penduduk dunia bersetuju masyarakat dan rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan memiliki sikap dan tingkah laku berdisiplin yang menjadi punca kejayaan Malaysia.

Semua kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa barisan wira negara kita yang memimpin dan mengurus bersungguh-sungguh demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Barisan wira negara yang dimaksudkan dalam konteks pandemik ini ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan beberapa lagi nama.

Justeru, bagi menghargai jasa dan keprihatinan pemimpin negara dalam menghadapi pandemik ini, seorang pelukis mural telah mengabdikan wajah-wajah kebanggaan negara di dinding.

Cantik dan kemas, itulah pujian yang diberikan kepada pelukis, Suhaimi Ali yang memuat naik lukisan mural wajah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia di laman Facebooknya.

Mural Agong Barisan Wira Negara
Sumber: FB Suhaimi Ali

Dalam hantaran yang ditulis Suhaimi Ali, beliau mengungkapkan penghargaan terima kasih kepada barisan hadapan dan wira negara yang bertungkus-lumus mengawal Cov1d-19 dari awal sehingga menunjukkan penurunan yang ketara setakat ini.

Beliau juga sempat menunjukkan proses lukisan mural tersebut dibuat dan hasilnya begitu menakjubkan. Lukisan mural tersebut dihasilkan di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian laman Facebook House of Pahang yang memuat naik semula hantaran pelukis anak kelahiran Terengganu ini.

"Leaders become great, not because of their power, but because of their ability to empower others". Demikian tulisan…

Posted by House Of Pahang on Monday, June 29, 2020

Selain itu, antara lakaran wajah lain yang turut kelihatan di sebelah potret mural Dr Noor Hisham adalah wajah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Mural Agong Barisan Wira Negara
Sumber: FB Suhaimi Ali

Apabila kesemua mural ini sudah siap sepenuhnya, pastinya lokasi tersebut bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

Sumber: Suhaimi Ali