Vape Normalisasi Pelajar Sekolah

‘Murah Dan Senang Didapati’ – Penggunaan Vape Menjadi Normalisasi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Antara alternatif untuk berhenti merokok yang paling popular ketika ini adalah dengan menggunakan rokok elektrik atau dikenali sebagai vape.

Ada negara lain yang menyaran perokok menggunakan vape untuk berhenti merokok atas faktor ia ‘kurang berbahaya’ seperti yang dilaporkan dalam kajian terdahulu.

Persoalannya, benarkah penggunaan vape berhasil untuk perokok berhenti merokok?

Trend yang membimbangkan pada masa kini apabila penggunaan vape menjadi amalan pelajar sekolah.

Antara penyebab penggunaan vape menjadi popular dalam kalangan pelajar kerana vape memiliki pelbagai perisa, manis, tidak berbau, mudah didapati dan lebih jimat.

Jika isu ini tidak diambil tindakan serius, jumlah mereka yang mengalami masalah mental akibat penyalahgunaan dadah akan terus meningkat dan menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman negara.

Isu tersebut dikongsikan oleh Medical Myhtbusters Malaysia menerusi hantaran di Facebook.

Vape Punca Budak Sekolah Menjadi Penagih Nikotin

Inilah realitinya. Pihak industri kata vape membantu perokok berhenti merokok. Persoalannya, kenapa budak sekolah yang tidak merokok tiba-tiba vaping?

Sungguh memeranjatkan apabila semakin ramai pelajar yang vaping walaupun sebelum ini tidak pernah merokok. Bukan pelajar lelaki sahaja, malah pelajar perempuan turut terjebak mengambil vape.

Apabila kami buat aktiviti di sekolah untuk membantu budak-budak yang sudah menjadi mangsa produk merokok termasuk vape untuk kembali menjadi pelajar yang tidak mengambil apa-apa bahan penyebab ketagihan terutamanya nikotin.

Pelbagai maklum balas yang kami terima daripada kanak-kanak malang ini.

Melalui aktiviti perbincangan kumpulan, kami ingin tahu mengapa vape menjadi pilihan dan bukan rokok dalam kalangan pelajar yang sudah terjebak ini.

Vape Normalisasi Pelajar Sekolah

Begitulah jawapan pelajar. Boleh tanya cikgu-cikgu sekolah bagaimana keadaan sekolah mereka berkaitan pelajar yang mengambil vape ini? Waktu rehat sedut vape beramai-ramai dalam tanda.

BACA: Lebih Ramai Golongan Wanita Di Malaysia Kini Gemar Hisap Vape

Peranti vape yang kini bersaiz kecil dan tak perlu lighter untuk menghidupkannya seperti rokok. Picit button & sedut. Begitu murah, malah mudah juga untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain. 5000 puff/device, inhaler untuk pesakit asthma pun baru 200 puff/device. Bau pun tidak seperti rokok dan berperisa.

Bukankah semua ini bukan untuk tujuan berhenti merokok seperti yang dicanang-canangkan oleh penjual vape? Akhirnya tanpa kawalan dan integriti penjual, device vape ini sampai di tangan kanak-kanak yang masih bersekolah.

Murah & senang didapati

Keluar sahaja daripada pagar sekolah, di kedai runcit, kedai serbaneka, kedai/warung/gerai makan malah gerai abang jual air pun ada jual vape yang pakai buang ini.

Pelajar nak masuk kedai vape pun boleh. Tiada semakan umur. Cukup ketinggian sahaja sudah boleh masuk ke kedai vape untuk membelinya. Kedai vape pun banyak di rumah-rumah kedai berdekatan sekolah.

Harga serendah RM5 untuk 800 puff atau RM35 untuk 5000 puff. Kumpul seringit dua sehari duit belanja sekolah pun sudah boleh beli vape ini dan bertahan 1-2bulan.

Bagaimana ibu-bapa semua? Adakah tuan puan sedar wabak ini sedang melanda sekolah anak-anak anda? Inilah kesan agenda “NORMALISASI” yang sedang dilakukan oleh pihak industri.

Pelanggan baharu semakin ramai. Mereka bukan target perokok atau orang dewasa. Mereka target kanak-kanak yang jumlahnya lebih ramai.

Justeru, Medical Mythbusters Malaysia menyokong usaha kerajaan untuk mengharamkan rokok di masa hadapan dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 2005.

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia