Mungkir Janji Lari Tanpa Seurat Benang Jika JDT Kalah, Lelaki Ini Akhirnya Mohon Maaf & Bernazar 2

Mungkir Janji Lari Tanpa Seurat Benang Jika JDT Kalah, Lelaki Ini Akhirnya Mohon Maaf & Bernazar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mungkir janji lari tanpa seurat benang jika JDT kalah, lelaki ini mohon maaf dan bernazar.

Selepas daripada kemenangan KL City FC menentang JDT dengan skor 0-2, lelaki ini menerima desakan untuk menunaikan janjinya berlari dari Kuala Lumpur ke Johor tanpa seurat benang sekiranya JDT kalah dalam aksi berkenaan.

Selepas dikecam hebat memuat naik satu video di TikTok yang menunjukkan beliau sedang mendapatkan bantuan pernafasan, lelaki tersebut akhirnya memuat naik satu video permohonan maaf di akaun TikToknya atas keterlanjurannya dalam berjanji.

Mungkir Janji Lari Tanpa Seurat Benang Jika JDT Kalah, Lelaki Ini Akhirnya Mohon Maaf & Bernazar 1

Dalam video berkenaan, selain daripada berjanji tidak akan mengulanginya lagi, lelaki tersebut juga bernazar akan memberikan tinted secara percuma kepada sebuah surau yang tidak disebutkan lokasinya di mana.

@abgberdosa1

sya memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia…

♬ original sound – tintedoffer2 – abg berdosa!!!

Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran untuk kita semua supaya tidak berjanji sesuatu yang tidak masuk akal. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad juga menasihati supaya janji pelik sedemikian tidak perlu kerana bukan sahaja tidak berfaedah tetapi juga melanggar ajaran Islam.

Sebelum ini, beberapa kali tular video atau hantaran berkenaan janji akan berlari tanpa seurat benang sebagai pertaruhan.

Antara yang pernah menjadi perhatian apabila seorang wanita memuat naik hantaran ‘gurauan mesra tanpa niat’ di Twitter akan tampil tanpa seurat benang sekiranya team Polo Malaysia menang dalam acara polo ekustrian Sukan SEA ke-29 yang mana keputusannya berpihak kepada Malaysia dengan menewaskan Brunei menerusi skor 12-4.

Tahukah anda, Stadium Sultan Ibrahim oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melakar sejarah sebagai stadium tercanggih di rantau Asia Tenggara?

Baca lanjut di: Stadium Sultan Ibrahim Lakar Sejarah Sebagai Yang Tercanggih Di Asia Tenggara