
Mulai Jun 2020, Tiada Lagi Pegawai JPJ Temani Calon Ketika Ujian Memandu
Antara cabaran dan debaran yang tidak boleh dilupakan ketika mengambil ujian memandu ialah ketika pegawai JPJ berada disebelah anda untuk memeriksa kelayakan pemanduan calon.
Itulah sebuah pengalaman yang tidak akan dapat bagi calon akan datang kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) bermula Jun ini di institut memandu seluruh negara.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.
Jadi, apabila sistem ini dilaksanakan tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon. Perlaksaan sistem ini juga akan menghapuskan urusan antara calon dan pegawai JPJ sekali gus meningkatkan integriti jabatan.
Sumber: Awani
Trending now



