
Mula Operasi Mac Ini, Satu Lagi Jenama Stesen Minyak Bakal Dibuka Di Malaysia
Menurut portal China Press, satu jenama stesen minyak dikhabarkan akan mula membuka perniagaannya di Malaysia yang akan mula operasi pada Mac ini, iaitu pada bulan hadapan.
BACA: Harga Minyak Melonjak Naik Susulan Serangan Iran Ke Atas Pangkalan AS Di Iraq
Jenama yang dikenali sebagai FIVE ini diperkenalkan oleh Seng Group, sebuah syarikat yang sudah berada dalam peruncitan petrol selama hampir lima dekad, juga merupakan pengendali kepada jenama BHPetrol.
Ditubuhkan sejak tahun 1971, syarikat Seng Group yang berasal dari Mentakab, Pahang ini merupakan syarikat rangkaian perkhidmatan minyak terbesar dengan beberapa produk dan perkhidmatan lain termasuklah pembangunan hartanah, pembinaan, perladangan dan pengangkutan.
Mula operasi Mac ini
Walaupun tidak disebutkan berapa banyak yang akan dibuka serta lokasinya di Malaysia, Seng Group menafikan khabar angin ianya merupakan penjenamaan semula kepada BHPetrol.
Terdahulu, harga minyak dilaporkan melonjak melebihi 4.5 peratus pagi semalam susulan daripada serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat pada jam tiga pagi Selasa waktu tempatan.
Antara yang menjadi sasaran ialah pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara. Serangan tersebut disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan oleh Jonathan Hoffman, pembantu kepada Setiausaha Urusan Awam Pertahanan.
Sumber: China Press via Lowyat