
Muhyiddin Yassin Tetap Tenang Walaupun ‘Tertekan’ Diasak Tiga Krisis Besar
“Saya dipilih menjadi Perdana Menteri dalam situasi luar biasa.” Itu yang pernah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ucapkan dalam satu sidang media semasa ditemu bual.
Diangkat menjadi Perdana Menteri ke-8 selepas daripada ketidakstabilan landskap politik negara berikutan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir Mohamad, beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran besar yang mencabar tahap kepimpinan beliau.
Pertama sekali, wabak pandemik COVID-19 yang sedang menyerang dunia dengan catatan kes positif lebih 3.8 juta di 212 buah negara dan wilayah serta dua kapal persiaran antarabangsa dengan kes kematian sudah mencecah 265,094 kes.
BACA: Berjaya Lengkungkan Graf Jangkitan, Ini Yang Perlu Negara Lain Belajar Dari Malaysia
Baru 17 hari mengangkat sumpah, beliau telah mengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada 18 Mac sebaga salah satu langkah mengekang penularan wabak ini.

Di Malaysia, setakat ini kes COVID-19 sudah mencatatkan sekitar 6,428 kes dengan kadar kematian seraai 42 orang dan kes sembuh sebanyak 4,702.
Kedua, Muhyiddin Yassin terpaksa berdepan dengan krisis daripada luar apabila China kembali melakukan kekacauan di Laut China Selatan sekaligus melanggar wilayah kelautan Malaysia dalam usaha mahu menguasai laluan strategik antarabangsa.
Bukan sahaja Malaysia, malah negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Brunei serta Filipina juga menerima ancaman yang sama.
BACA: Indonesia Hantar 4 Jet Pejuang Menyusul Kapal Perang Bagi Berdepan China
Yang ketiga, beliau sebagai Perdana Menteri terpaksa berdepan dengan isu pendatang asing dan pelarian Rohingya.
Isu pelarian Rohingya hangat diperkatakan beberapa minggu ini. Akhir April lalu, kerajaan Malaysia teruk dikritik kerana menolak sebuah bot yang sarat dengan ratusan orang pelarian Rohingya selepas memberikan bekalan makanan dan ubatan. Dikritik sebaga tidak berperikemanusiaan, kerajaan Malaysia terpaksa berdepan kecaman demi kecaman demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
BACA: Pergi Ke Malaysia Dapat Selamatkan Kami, Jalani Hidup Lebih Baik – Pelarian Rohigya
Malah operasi Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan kerjasama bersama agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan adalah sebagai ‘tidak berperikemanusiaan dan bodoh’. Sedangkan ianya bertujuan bagi membendung dan menyekat penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Berdepan dengan tiga cabaran besar ini, kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin negara sentiasa menjadi perhatian dan diuji dengan kecaman demi kecaman.
BACA: Dasar Kerajaan Muhyiddin Yasin Atasi COVID-19 Yang Terbaik Di Dunia
Walaubagaimanapun, setiap keputusan yang beliau ambil adalah hasil daripada bergandingan dengan Kementerian-Kementerian lain kerana keselamatan dan kesihatan rakyat adalah perkara yang perlu didahulukan.
Trending now



