Muhyiddin Yassin Terima Ucapan Tahniah Daripada Trump, Bincang Kerjasama Kawalan COVID-19

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin terima ucapan tahniah atas pembentukan kerajaannya menerusi panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

BACA: Catat Sejuta Kes Positif, Presiden AS Sekali Lagi Tampil Dengan ‘Cadangan Bijak’ Rawat COVID-19

Selain daripada membincangkan mengenai isu wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia kini, Trump sempat menitipkan ucapan tahniah di atas pembentukan kerajaan yang dipimpin Muhyiddin Yassin sejak 29 Februari lalu atas lantikan YDPA selepas Malaysia mengalami ketidakstabilan politik susulan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin Yassin terima ucapan tahniah

Mengatakan mahu komited mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif antara Malaysia dan Amerika Syarikat, pada perbincangan selama 30 minit itu kedua-dua pemimpin negara itu berbincang mengenai pendekatan-pendekatan yang telah diambil dalam mengawal dan mengekang penularan wabak di negara masing-masing.

Saya Dipilih Jadi PM Dalam Situasi Luar Biasa – Muhyiddin Yassin
Sumber: NST

Memberi penekanan pada kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik itu ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dan ekonomi global, Muhyiddin menerusi satu hantaran di laman Facebooknya memberitahu perbincangan turut menyentuh isu pembangunan vaksin dan ubat-ubatan dalam merawat COVID-19.

BACA: Dasar Kerajaan Muhyiddin Yasin Atasi COVID-19 Yang Terbaik Di Dunia

Bertukar pandangan mengenai isu-isu kepentingan bersama dalam konteks mengekalkan keselamatan dan keamanan bangsa, Muhyiddin memberitahu Amerika Syarikat sudah menyatakan kesepakatan bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan peralatan kritikal dan bekalan lain terutamanya semasa krisis kesihatan global.

Sumber: Bernama

 

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.