Muhyiddin Yassin Sah Diperkenan Sebagai Perdana Menteri Ke-8

Kemelut drama politik negara akhirnya tiba di penghujung apabila sebentar tadi Istana Negara memaklumkan Muhyiddin Yassin sah sebagai Perdana Menteri ke-8.

Berita yang disampaikan oleh dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentara tadi mengesahkan beliau yang juga Presiden Bersatu itu sebagai pentadbir Malaysia yang seterusnya.

Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Ke-8

1 Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Ke-8

Berita lanjut menyusul.

BACA: Pernah Dipecat Daripada Jawatan TPM Kerana Persoal 1MDB, Muhyiddin Yassin Kini Sah PM Ke-8

Terdahulu pada 24 Februari, Tun M disahkan telah menyerahkan perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tindakan berkenaan yang dipercayai berkiatan dengan pergolakan politik dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden sejak Jumaat lalu.

Selain daripada itu, Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

PKR menerusi makluman daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula memberitahu PKR memutuskan memecat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, berkuat kuasa serta-merta.

Susulan daripada perletakan jawatan oleh Perdana Menteri ke-7, akan berlakunya kekosongan jawatan dalam kabinet seperti yang pernah dimaklumkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Ogos tahun lalu.