Muhyiddin Yassin Jalani Kuarantin Selepas Pegawai Disahkan Positif COVID-19

Muhyiddin Yassin Jalani Kuarantin Selepas Pegawai Disahkan Positif COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin jalani kuarantin 14 hari selepas salah seorang pegawai disahkan positif COVID-19.

Beliau dikhabarkan sudah menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang tadi selepas salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya disahkan positif COVID-19.

Beliau yang turut hadir dan mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu (20 Mei) dan salah seorang daripada pegawai yang hador telah disahkan positif wabak tersebut.

Muhyiddin Yassin Jalani Kuarantin Selepas Pegawai Disahkan Positif COVID-19
Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Muhyiddin Yassin jalani kuarantin sejajar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342)

Meskipun Muhyiddin Yassin telah disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan COVID-19, mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), beliau masih perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari. Malah semua yang hadir mesyuarat tersebut turut diarahkan untuk berbuat demikian.

Akan bertugas dari rumah sepanjang kuarantin tersebut, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan yang ketat pada setiap masa.

BACA: Malaysia Bimbang Lonjakan Kes COVID-19 Berpunca Dari Pekerja Asing, Tak Mahu Seperti Singapura

Setakat hari ini, Malaysia sudah mencatatkan 7,137 kes dengan penambahan kes baharu sebanyak 78, satu kematian baharu membawa kepada jumlah kes kematian keseluruhan sebanyak 115.

Daripada jumlah keseluruhan kes, seramai 5,859 disahkan sembuh dan 1,163 masih lagi menerima rawatan yang mana sembilan daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Sumber: Astro Awani