
Muhyiddin Yassin: Hanya Kerana Berketurunan Bugis Dan Jawa, Media Indonesia ‘Claim’ PM Malaysia
Baru sahaja ditabalkan sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggantikan Tun Mahathir yang meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu sudah diclaim oleh media Indonesia sebagai ‘orang Indonesia’.
BACA: Muhyiddin Yassin Sah Diperkenan Sebagai Perdana Menteri Ke-8
Hanya kerana mengakui berdarah Melayu Bugis (ayah) dan Jawa (ibu), Muhyiddin yang merupakan anak jati Johor juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh dan pemangku Presiden BERSATU telah dituntut oleh media Indonesia sebagai orang Indonesia.



Indonesia dan tuntutan (claim) memang tak dapat dinafikan kekuatan ikatannya. Apa sahaja yang mereka tak pernah claim?
TMengimbas kembali detik-detik sebelum bergelar Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin Yassin pernah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Jun 2016; Perdana Menteri ketika itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak gara-gara mempersoalkan mengenai kes skandal kewangan terbesar 1MDB.
Perselisihan dengan Najib Razak yang bermula sekitar 2015 menemui puncak kedua apabila beliau kemudiannya dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO atas alasan pelanggaran displin dan keputusan berkenaan sudah beliau duga dari awal lagi.
BACA: Pernah Dipecat Daripada Jawatan TPM Kerana Persoal 1MDB, Muhyiddin Yassin Kini Sah PM Ke-8
UMNO yang dahulunya menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging beliau akhirnya menyaksikan kejatuhannya gara-gara menyatakan kebenaran dan kebencian pada pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.
Tiga tahun tanpa hala tuju politik, Muhyiddin kemudiannya kembali menyinar apabila mencatatkan kemenangan di kerusi Pagoh pada PRU-14 yang menyaksikan pemerintahan lebih 60 tahun UMNO dan Barisan Nasional tumpas.
Bemula dari situ, beliau kembali membina nama dalam arena politik Malaysia.