
Muhyiddin Yassin Dedah Pernah Disingkirkan Daripada Kerajaan Hanya Kerana Bercakap Benar
Muhyiddin Yassin dedah pernah disingkirkan daripada kerajaan hanya kerana berkata benar.
Dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-8 pada 29 Februari lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan ‘pendedahan’ eksklusif bahawa beliau pernah disingkirkan hanya kerana berkata benar.
BACA: Pernah Dipecat Daripada Jawatan TPM Kerana Persoal 1MDB, Muhyiddin Yassin Kini Sah PM Ke-8
Dalam ucapan di Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Muhyiddin menegaskan beliau tidak sesekali melanggar prinsipnya demi mempertahan sesuatu kemungkaran.
Integritinya tidak akan diperdagangkan semata-mata untuk menjaga kedudukan dan pangkatnya kerana inilah kwajipan beliau kepada Tuhan dan amanahnya kepada rakyat.
“Yang benar tetap benar. Yang batil tetaplah batil. Saya pernah disingkir daripada kerajaan kerana mempertahankan kebenaran. Tidak mungkin saya membenarkan kebatilan bila mana saya berada semula dalam kerajaan.”
Meskipun kerajaan dibentuk tanpa sebarang manifesto, Muhyiddin Yassin dedah fokus utama kerajaan adalah tanggungjawab kepada rakyat sepenuhnya biarpun tanpa manifesto, rakyat sukar membuat penilaian pencapaian kerajaan

Baru 17 hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Muhyiddin berdepan dengan satu cabaran besar iaitu wabak pandemik COVID-19 dalam meneraju kepimpinan Malaysia.
BACA: Saya Dipilih Jadi PM Dalam Situasi Luar Biasa – Muhyiddin Yassin
Meskipun dipilih dalam keadaan luar biasa, kejayaan Muhyiddin dalam mengawal penularan wabak COVID-19 diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai salah seorang pemimpin dunia terbaik.
Di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin, Malaysia menjadi sebuah negara yang semakin dikenali rakyat di luar negara kerana dapat mengekang wabak pandemik ini dengan jayanya.
Terbaharu, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran telah dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.
Trending now



