Nama Muhammad Paling Popular

Muhammad – Nama Bayi Paling Popular Di UK Pada 2019

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pasti anda tidak menyangka bahawa nama Muhammad merupakan nama yang paling popular untuk kanak-kanak di negara seperti Britain. Bagaimana tidak, nama yang masuk dalam daftar teratas bukanlah ke arah kebaratan, tetapi nama seorang utusan Allah.

Ia berdasarkan laman web keibubapaan Britain, Baby Centre yang mana nama Muhammad mengekalkan kedudukannya di tempat pertama, diikuti Noah di tempat kedua dan George di tempat ketiga untuk tahun 2019.

Sebelum ini, pada tahun 2018 nama Muhammad juga popular didaftarkan namun nama itu tidak menduduki tempat pertama dalam senarai rasmi kerana mempunyai pelbagai ejaan.

Sementara Archie di tempat ke-18, susulan kelahiran anak pasangan diraja, Putera Harry dan Meghan Markle pada Mei lalu.

Nama Muhammad Paling Popular
Sumber: Self Loverz

Bagi nama klasik 1980-an seperti Emma dan David semakin mencapai momentum, manakala rancangan realiti seperti Love Island juga melahirkan generasi baru nama bayi.

Di sebalik kemunculan semula tidak dijangka nama 1980-an, nama Olivia kekal menjadi pilihan ramai dan Sophia mengikuti rapat di tangga kedua.

Buat anda yang baru atau tengah menanti kelahiran buah hati, adakah anda ingin menyematkan nama-nama popular di atas ini pada nama anak anda?

Sumber: Berita Harian