Mufti Wilayah Jawab Isu Silibus ‘Pesong Akidah’ Dalam Seminar Metamorphosis

Minggu lalu, tular di media sosial mengenai seminar Metamorphosis anjuran seorang pakar motivasi terkenal, Afnan Rosli yang dikatakan mengandungi isi-isi yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

Peka dengan keadaan yang boleh mengundang bahaya ini, beliau telah dijemput untuk membentang dan membahaskan silibus Metamorphosis dan Mega Metamorphosis untuk dinilai panel penilai hasil jemputan Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator Malaysia (TAMRIN).

KENYATAAN RASMI METAMORPHOSIS 1. Alhamdulillah setelah seminggu menilai isu ni, saya pilih untuk tidak berbalah dan…

Posted by Afnan Rosli on Friday, September 20, 2019

23 September lalu, melalui siaran langsung Facebook, Afnan Rosli mengumumkan seminar Mega Metamorphosis dibatalkan dan pembayaran semula akan dilakukan kepada peserta yang menarik diri. Beliau turut memohon maaf serta menerima kritikan daripada masyarakat mengenai isu ini.

MEGA METAMORPHOSIS Di Batalkan. Detail akan di email pada semua peserta.

Posted by Afnan Rosli on Monday, September 23, 2019

Namun begitu, beliau akan tetap berada di PWTC untuk bertemu dengan peserta yang sudah pun menempah tiket penerbangan dan hotel, dan masih ingin mendengar seminar beliau bersama dengan beberapa panel syariah bagi membetulkan sekiranya terdapat keraguan pada penyataan beliau yang boleh menyebabkan kesesatan dan bahaya pada akidah.

Semalam, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memuat naik pendapat beliau mengenai perkara ini dan menyatakan teguran secara halus kepada mereka yang berkenaan selepas melakukan penilaian.

brazilian wax haram

Beliau juga sempat menegur para hadirin yang hadir supaya tidak menerima 100% apa yang disampaikan oleh pakar motivasi serta perunding latihan tanpa menilai hanya kerana penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis dalam ucapan.

Antara masalah yang dikesan dalam modul seminar Metamorphosis ialah ‘teknik berdoa’, perasaan adalah doa, kesalahan dalam mendefinisikan tawakal,’soul travel/ astral projection’, meditasi, chakra, ‘universal oneness’, salah faham beberapa ayat Al-Quran, hadis dan sirah dan lain-lain.

Antara kesalahan dalam teknik berdoa boleh anda baca melalui gambar di bawah:

Fatwa Mufti Seminar MetamorphosisFatwa Mufti Seminar Metamorphosis 1

Beliau memberitahu bukan semua yang diajarkan dalam seminar tersebut adalah salah, namun untuk menyatakan teknik ini adalah tepat maka ianya adalah tidak benar kerana beliau tidak menemuinya dalam pengamalan Rasulullah SAW dan para sahabat ra.

Disebabkan beberapa percanggahan, Mufti Wilayah merayu semua alumni Metamorphosis yang masih berpegang kepada perkara-perkara di atas untuk bertaubat dan meninggalkan terus amalan serta kepercayaan tersebut.

Dalam masa sama, beliau turut meminta agar umat Islam mempelajari apa jua ilmu daripada sumber yang berkuasa yakni individu yang berkelayakan, memiliki manhaj ilmu yang betul dan tauliah untuk mengajar agama seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Baca ulasan penuh Mufti Wilayah Persekutuan DI SINI.

Antara pendapat lain yang boleh diambil pakai buat mereka yang pernah mengikuti seminar ini:

*Hidayah Itu Mahal, Nasihat Buat Saya & Tuan-Tuan*1- Terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan dan pasukan…

Posted by Masri Ramli on Thursday, September 26, 2019

 

 

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!