
Muda Primula – Asal Usul Di Sebalik Nama Watak ‘Sek Deber’ Terengganu
Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti tiba-tiba menjadi trending di laman sosial sebaik mula ditayangkan di Astro Ria mulai 21 Mac 2022 yang lalu.
Walaupun drama 16 episod karya terhebat daripada pengarah Sabri Yunus tersebut telah selesai melabuhkan tirai tayangannya baru-baru ini, ramai penonton masih belum berhenti bercakap mengenainya.
Siri ini juga mendapat pujian kerana dikatakan berjaya mengangkat kualiti drama Melayu ke tahap yang luar biasa dan berbeza dengan drama-drama ‘pukul 7’ yang dihidangkan selama ini kepada penonton.
Satu lagi faktor yang membuatkan drama ini sangat digemari ialah disebabkan barisan pelakonnya yang mantap terutama sekali Eman Manan yang memegang watak ‘lejen’ bernama Muda Primula.
Seorang pengguna Facebook, Khairul Amri Salah Pikri telah berkongsi satu fakta yang menarik yang mungkin orang ramai tidak tahu mengenai asal usul nama Primula.
Di sebalik kegerunan watak ‘gedebe’ Muda Primula yang dibawakan olehnya, Eman Manan juga dikatakan turut digeruni kerana personalitinya yang sebenar.
Betul ke? Jom ikuti hantaran menarik yang dibuat oleh Khairul Amri ini.
Dalam cerita Pok Ya Memburu Siti, Nama Muda Primula ni diambil dari Primula Hotel Kuala Terengganu. Zaman 80-90an dulu, tingkat paling atas Primula dengan kafe bawah mengadap pantai sangatlah sohor di kalangan orang tempatan. Tempat berjimba dan bersosial, tempat orang kenamaan dan selebriti.
Tapi nama Primula ni bukan sebarang nama. Nama Primula adalah nama pertama Kuala Terengganu yang ada dalam catatan sejarah. Ptolemy, seorang ahli kaji bintang Greek telah mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu iaitu Primula dan Kole. Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman.
Nama ini dicatat pada kurun ke 2 Masihi, iaitu 400 tahun sebelum Islam diturunkan. Bermakna, sudah ada ketamadunan dan laluan utama untuk pedagang. Ketamadunan ini sama zaman dengan Kedah Tua, pasti akan ada berbagai tinggalan sejarah. Cuma eksplorasi tidak dijalankan oleh mana-mana pihak.
Karekter Muda Primula tu boleh dikatakan mewakili 90% perangai sek deber Terengganu. Tidak perlu ramai, datang seorang sudah menggerunkan. Pukul dulu baru bincang kemudian. Tapi Eman Manan ni power, aku kena cekak paha dengan dia pun seharian terasa sakit. Patu tiap kali jumpa mesti dia cekak paha aku. Aku pernah try pegang paha dia, keras weh macam batang kayu. 🤣
Sebagaimana garang dia dalam drama, begitulah garang dia di luar. Pernah Kg Atas Tol lawan bola, bila dia mari tengok bola semua kaki gomo berundur dok berani buat onar. Dekat Kg Atas Tol, susah nak cari port hisap dadah atau runner dadah masuk menjual. Pernah dia robohkan rumah buruk seorang diri sebab situ jadi port dadah. Tanya la budak Atas Tol. Hahaha.
BACA: Kisah Yakuza Tanah Melayu Yang Berasal Dari Kuala Terengganu
Sumber: Facebook Khairul Amri Salah Pikri