Muat Naik Ucapan ‘Selamat Hari Raya’, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Di Sebalik ‘Hantaran Ketum’ Nando’s Malaysia 4

Muat Naik Ucapan Selamat Hari Raya, Ini Penjelasan Di Sebalik ‘Hantaran Ketum’ Nando’s Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bulan September yang bakal melabuhkan tirainya telah dikejutkan dengan ucapan Selamat Hari Raya yang di muat naik di semua akaun media sosial milik Nando’s Malaysia.

https://www.facebook.com/NandosMY/photos/a.385979771325/10157190902861326/?__cft__[0]=AZXjR_JsyawNddp9O3qy663z7MGwoZqQfUVMxl5Hj2lOE6B9e2dN5sP5T154qelQ1O8Jwnwuha3E0fyZbp5-zGwIL8Hv0JAX1NIJMff9FGMdGnYgD3nQqCgfug-5hxYNZvClYdMwivibmc9uwXRKE-O2UlBKc3T56rIs920LgwwsWie6DDRGmugoVqqXbj7yuQ0&__tn__=%2CO%2CP-R

Muat naik hantaran restoran Nando’s yang terkenal dengan hidangan ayam itu nyata telah menimbulkan kekeliruan orang ramai kerana sudah terlewat empat bulan dari tarikh sambutan hari raya yang sepatutnya.

Semalam, Nando’s Malaysia sekali lagi memuat naik ucapan berbentuk sama, kali ini untuk sambutan Tahun Baharu Cina pula.

https://www.facebook.com/NandosMY/photos/a.385979771325/10157190781326326/?__cft__[0]=AZUFbSZQV7qSKAKkEkGcCpZYhyePFmG9FDqGq7KdZnpwgp22L7K0HDlQpreMwLk3cUlQ228iXF-OQtFW8ZJ1XxoN5adGiUHPjbgq_EqqiTgd5i3zZqHqsBDoBSASSNIHqiOz884K5N87gMBB4LwcVaX-B3fHMtrwyg9wyIw-y5oUfCr3Mgw-lU-vsTJbdQZHrdA&__tn__=%2CO%2CP-R

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan kekeliruan mereka dengan hantaran terbabit sehinggakan ada yang menyifatkan hantaran tersebut sebagai ‘hantaran ketum’.

Malah ada juga yang play along dengan hantaran tersebut dengan menulis balasan ucapan semula kepada Nando’s, malah ada yang menyertakan sekali gambar OOTD raya mereka untuk tatapan umum.

BACA: Video Ayah Saya Masak Ketum Bukan Guru Yang Tularkan, Ini Penjelasan Sebenar

Hari ini, Nando’s Malaysia tampil memberikan penjelasan terhadap hantaran-hantaran yang disifatkan sebagai ‘hantaran ketum’ oleh netizen dalam satu video yang dimuat naik di akaun media sosial mereka.

Rupa-rupanya Nando’s nak ajak rakyat Malaysia sambut semula tahun 2020 selepas banyak sambutan perayaan terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan susulan daripada wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia kini.

Tunjukkan tangkap layar di bawah dan nikmati potongan harga sehingga RM10.

Muat Naik Ucapan ‘Selamat Hari Raya’, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Di Sebalik ‘Hantaran Ketum’ Nando’s Malaysia 1