
Muat Naik Status ‘Tutup Pintu Depan Tapi…’, Ini Respon Ismail Sabri
Frasa ‘tutup pintu depan’ menjadi trending di media sosial sejak dari semalam selepas Menteri Pertahanan Malaysia, YN Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob membuat satu hantaran mengenainya.
“Saya dah tutup pintu depan tapi …….”
Berserta emoji sedih, hantaran penuh tanda tanya itu membuatkan netizen berteka-teki mengenainya.
Ada yang berteka-teki hantaran itu merujuk kepada pembukaan banyak sektor ekonomi biarpun Malaysia sekarang sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
View this post on Instagram
Netizen kemudiannya tidak lagi dibiarkan tergantung apabila empunya badan telah menjelaskan mengenainya dalam sidang media maya sempena pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
Menurut beliau, hantaran ‘tutup pintu depan’ itu membawa maksud beliau hendak pulang selepas sudah tamat bekerja.
“Itu sebab saya hendak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu.”
Bermula 1-14 Jun 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di seluruh negara.
Ia susulan daripada peningkatan kes harian dan mencetuskan kebimbangan.
Disebabkan masih ramai yang keliru mengenai Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) PKP kali ini, berikut merupakan ringkasan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi tempoh 1 hingga 14 Jun 2021.
BACA: Bermula 1-14 Jun 2021, Ini SOP Yang Perlu Anda Tahu Dalam PKP Terkini Di Seluruh Negara
Tahukah anda, konsep makan dalam kereta (dine-in) terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menjadi pilihan ramai dan mula menjadi pendekatan baharu pemilik kafe?
Walau bagaimanapun, inisiatif sebegini dilihat telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.
Menerusi kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, menyediakan makanan untuk makan di dalam kereta bukan dikategorikan sebagai perkhidmatan bawa pulang.