Muat Naik Hampir 10K Gambar Dalam Masa Sehari, Akaun FB Menteri Pengangkutan Bangladesh Jadi Tumpuan Warga Maya 2

Muat Naik Lebih 10K Gambar Dalam Masa Sehari, Akaun FB Lelaki Ini Jadi Tumpuan Warga Maya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Muat naik hampir 10,000 keping gambar dalam masa sehari, akaun Facebook lelaki ini jadi tumpuan warga maya.

BACA: Keluarga Lantik Peguam, Rayhan Kabir Percaya Semua Pendatang Dan Bangladesh Bersama Perjuangannya

Tidak dinafikan, akaun sosial media masa kini merupakan salah satu platform perhubungan yang berkesan sama ada dalam kalangan rakyat marhaen, selebriti mahu pun ahli politik.

Belakangan ini, satu akaun Facebook milik salah pengguna dengan nama Obaidul Quader menjadi tumpuan warga maya selepas didapati memuat naik lebih 10,000 keping hantaran gambarnya.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pengangkutan Bangladesh itu didapati telah muat naik lebih 10,000 gambar di Facebook dalam satu masa iaitu dalam satu hantaran bertarikh 21 Mac 2013.

https://www.instagram.com/p/CFKRFy5Agjp/?utm_source=ig_embed

Akan memuat naik sekurangnya 10 keping gambar dirinya dalam satu hantaran, Quader yang sudah dikurniakan blue tick badge didapati kerap memuat naik gambarnya sendiri dalam pose yang berbeza.

Muat Naik Hampir 10K Gambar Dalam Masa Sehari, Akaun FB Menteri Pengangkutan Bangladesh Jadi Tumpuan Warga Maya
Sumber: Obaidul Quader

Hasil tinjauan kami, setakat hari ini akaun Facebook beliau sudah pun diikuti lebih 1.25 juta pengguna.

BACA: Malaysia Bertegas Mahu Pulangkan Semula PATI Rohingya, Tapi Bangladesh Tolak

Di ruangan komen, anda boleh lihat ramai yang terhibur dengan gelagat beliau. Ada juga yang sempat menitipkan pesanan supaya daripada banyak memuat naik gambar dirinya sendiri adalah lebih baik Quader memuat naik pencapaian yang berjaya beliau lakukan untuk penambahbaikan hidup rakyat.