Muat Naik Gambar Bersama Lejen ‘KL Gangster’, Peminat Harap Adanya ‘KL Gangster The Finale’

Muat Naik Gambar Bersama, Peminat Taruh Harapan Lejen ‘KL Gangster’ Kembali Bersatu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

KL Gangster kembali?

Biarpun sudah menghampiri usia 10 tahun ditayangkan di Malaysia, tidak dinafikan filem aksi jenayah KL Gangster (2011) masih ditonton sehingga ke hari ini.

BACA: 7 Drama Melayu Arahan Budak Ijat Yang Menarik Untuk Ditonton Semula Sepanjang Ramadan

Diarahkan oleh Syamsul Yusof, filem yang membariskan Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Adam Corrie, Adi Putra dan ramai lagi, perkongsian gambar pertemuan bintang lejen ini seakan memberikan harapan kepada peminat akan adanya sambungan yang sekali lagi menggandingkan mereka.

https://www.facebook.com/adamcorrieofficalpage/posts/291673315653386

Pertemuan lejen KL Gangster ini membuatkan peminat yang mengikuti filem ini menjadi teruja dan menaruh harapan untuk melihat pelakon-pelakon ini kembali bersatu dalam filem yang sama.

Pada tahun 2018, Skop Production telah menerbitkan rendisi daripada filem KL Gangster iaitu KL Gangster: Underworld dan KL Gangster: Underworld 2 pada 2020.

Muat Naik Gambar Bersama, Peminat Taruh Harapan Lejen ‘KL Gangster’ Kembali Bersatu 2

Plot KL Gangster: Underworld bermula selepas kongsi-kongsi gelap di Kuala Lumpur kehilangan arah selepas ketua mereka sama ada dibunuh atau dipenjarakan oleh pihak berkuasa.

Masing-masing saling bersaing demi merebut takhta yang kosong. Dalam proses ini pertumpahan darah, pembelotan dan sabotaj sentiasa berlaku.

Muat Naik Gambar Bersama, Peminat Taruh Harapan Lejen ‘KL Gangster’ Kembali Bersatu 1

Tidak semua orang meminati filem atau drama yang bergenre seram, termasuklah kanak-kanak.

Antara yang menjadikan filem seram menakuktkan ialah elemen jump scare yang ada, ditambah pula dengan visualnya yang kelam seiring dengan elemen muzik yang mendebarkan.

Ada beberapa filem seram sering menghantui kanak-kanak zaman 90-an. Antaranya:

1. Pontianak Harum Sundal Malam (2004/2005)

Biarpun sudah hampir 17 tahun ditayangkan filem Pontianak Harum Sundal Malam ini masih ditonton sehingga kini.

Mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kutipan tiket sebanyak RM3.2 juta, kisah Pontianak Harum Sundal Malam lakonan hebat Maya Karin, Azri Iskandar dan Rosyam Nor ini disambung dalam Pontianak Harum Sundal Malam II.

2. Blok 404 (2004)

Blok 404 pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2004 dengan tagline popularnya “Jangan cuba bernafas”.

Menampilkan Zamarul Hisham, Nabila Huda, Boy Iman dan Raja Azrey sebagai barisan utamanya, filem ini kemudiannya dibikin semula pada tahun 2018 namun agak kurang menjadi dengan kutipan tiket cuma RM220,000 berbanding jumlah perbelanjaannya sebanyak RM700,000.

3. Jangan Pandang Belakang (2007)

Filem Jangan Pandang Belakang merupakan salah satu filem seram yang berkualiti di saat Malaysia dibanjiri dengan filem seram yang kurang berkualiti. Lakonan Pierre Andre dan Intan Ladyana tidak dapat dinafikan kualitinya, namun yang paling perlu diberi pujian ialah watak lakonan pelakon lejen, Ruminah Sidek.