MPH Perjelas Isu Penutupan Cawangan, Rancang Mahu Kenal Sistem Pembelian ‘Vending Machine’ 1

MPH Perjelas Isu Penutupan Cawangan, Rancang Mahu Kenal Sistem Pembelian ‘Vending Machine’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Belakangan ini, media sosial heboh memperkatakan mengenai penutupan operasi beberapa kedai buku MPH di seluruh negara. Dalam satu kenyataan, MPH perjelas isu yang tular ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Donald Kee, MPH kini sedang bergerak untuk beralih kepada sistem e-dagang dan ekosistem digital.

Mahu berhubung dengan pelanggan melalui beberapa cabang perniagaan (touch points) dengan menggunakan semua saluran termasuklah dalam talian dan secara fizikal, beberapa cawangan yang tidak menunjukkan prestasi baik akan digabungkan bagi merealisasikan tujuan tersebut.

MPH Perjelas Isu Penutupan Cawangan, Rancang Mahu Kenal Sistem Pembelian ‘Vending Machine’ 2

Peningkatan jualan secara mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) di platform dalam talian mereka MPHonline.com menyebabkan MPH kini sedang menambah baik sistem jualan dalam talian dan bakal melancarkannya kembali menjelang suku keempat tahun ini.

Dalam usaha tarikan terbaharu perniagaan, MPH Group turut memberitahu pihak mereka merancang mahu memperkenalkan sistem mesin layan diri (vending machine) yang menyasarkan beberapa kawasan strategik seperti stesen kereta api, universiti dan hospital.

MPH Perjelas Isu Penutupan Cawangan, Rancang Mahu Kenal Sistem Pembelian ‘Vending Machine’
Sumber: Bookstar

Tahukah anda, tahun 2020 bukanlah tahun biasa untuk Kuala Lumpur?

BACA: Anjur PBAKL Di MAEPS Seakan Tidak Menyokong Penobatan KL Sebagai Kota Buku Dunia 2020?

Kuala Lumpur berjaya dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menerusi slogan ‘KL Baca – Caring Through Reading‘.

Bermula 23 April 2020 sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, kota Kuala Lumpur dipilih kerana fokus yang tinggi terhadap pendidikan yang inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan kebolehcapaian membaca kepada segenap populasinya.

Dengan slogan ‘KL Baca – Caring Through Reading‘, program menumpukan empat tema, iaitu membaca dalam semua bentuk, pembangunan infrastruktur industri buku, inklusif dan akses digital dan pemberdayaan kanak-kanak melalui membaca.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.