Ahli Parlimen Batu Kawan Heret Isu ‘Pakai Bedak’ Dan ‘Gelap’ Abdul Azeez Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen 2

MP Batu Kawan Heret Isu ‘Pakai Bedak’ Dan ‘Gelap’ Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Biarpun sudah diarahkan oleh  Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk melakukan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan ‘gelap’ dan ‘pakailah bedak’ pada 14 Julai lalu, MP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto tetap bertegas akan mengheret Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Menurut sumber Astro Awani, Kasthuriraani merasakan itu adalah tindakan yang terbaik buat masa ini, kenyataan Abdul Azeez dikatakan mempunyai unsur perkauman dan seksisme.

Menurut Kasthuriraani, meskipun Dewan Rakyat memberikan kebebasan kepada ahli dewan ianya tidak seharusnya disalahgunakan.

“Ramai ahli-ahli Parlimen yang mencadangkan (perkara itu), kami sedang mengadakan perbincangan termasuk mengumpul bukti.”

Kenyataan gelap tak nampak di minit 42:09

Permohonan maaf daripada Abdul Azeez bermula minit 03:50

Berang dengan kenyataan tersebut, netizen telah melancarkan satu petisyen pada 13 Julai meminta agar Abdul Azeez melakukan permohonan maaf secara terbuka di atas kenyataan tidak sensitifnya kepada MP Batu Kawan.

Ahli Parlimen Batu Kawan Heret Isu ‘Pakai Bedak’ Dan ‘Gelap’ Abdul Azeez Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen
Sumber: change.org

Selain daripada isu tersebut, telatah ahli parlimen yang lebih senior memperlekehkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semasa meminta untuk mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Mahathir turut mendapat perhatian netizen.

BACA: Dipersenda Dalam Dewan Rakyat, Netizen Muak Tonton Telatah Tidak Matang Ahli Parlimen Lebih Senior

Dalam sidang tersebut, dapat dilihat beberapa respon yang tidak matang daripada beberapa ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Padang Rengas – Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ahli Parlimen Tanjung Karang – Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling – Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ada yang turut menyifatkan cara Syed Saddiq diperlekehkan menunjukkan realiti bagaimana pandangan dan pendapat belia sering dibiarkan dan diabaikan generasi terdahulu.

Tindakan tidak matang Ahli Parlimen yang lebih senior menyebabkan ramai netizen meluahkan rasa muak mereka melihat etika perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Sidang diketuai oleh Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10 menggantikan Mohamad Ariff Md Yusof yang digugurkan daripada jawatannya.