Moratorium Tamat, Apa Yang Boleh Anda Lakukan Bermula 1 Oktober?

Moratorium Tamat: Apa Yang Boleh Anda Lakukan Selepas 30 September?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas 30 September, apa yang boleh anda lakukan selepas moratorium tamat?

Tahun 2020 mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila dunia terpaksa berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan persekitaran ekonomi dunia lumpuh dan bertukar suram.

Terpaksa menanggung risiko hilang pekerjaan, ada juga antara perniagaan-perniagaan terpaksa menghentikan operasi susulan daripada ketiadaan pendapatan.

BACA: Bank Tawar Penangguhan Bayaran Balik Sehingga Enam Bulan, Ini 5 Perkara Yang Peminjam Perlu Tahu

Memahami kesukaran yang terpaksa dihadapi rakyat, kerajaan Malaysia dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan moratorium pinjaman sebagai usaha membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia seterusnya membantu individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas teruk.

Moratorium Tamat, Apa Yang Boleh Anda Lakukan Bermula 1 Oktober?
Sumber: Alabama Association of REALTORSs

Moratorium yang memberi kelonggaran kepada rakyat untuk menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman yang bermula sejak April lalu telah pun berakhir pada semalam (30 September 2020).

Selepas berakhirnya tempoh monotorium, apa yang boleh anda buat?

Mendengar keluh kesah rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Julai telah mengumumkan persetujuan untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar yang lebih berfokus khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan.

1. Penangguhan tiga bulan sehingga Disember untuk mereka yang hilang pekerjaan dalam tempoh moratorium boleh meminta untuk ianya dilanjutkan tetapi bergantung kepada situasi individu peminjam.

2. Peminjam yang berdepan dengan pemotongan gaji susulan daripada wabak COVID-19 yang melanda boleh mendapatkan pengurangan bayaran bulanan namun ianya bergantung kepada kadar pemotongan gaji dan jenis pinjaman.

Untuk pinjaman perumahan dan peribadi, bayaran ansuran akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji dan boleh dilanjutkan tertakluk kepada keadaan gaji semasa.

3. Peminjam individu atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk peniaga, penjaja atau yang bekerja sendiri boleh:

  • bayar faedah sahaja untuk satu jangka masa yang ditetapkan
  • memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan
  • pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil

Mereka yang berdepan dengan masalah pembayaran pinjaman disebabkan faktor ekonomi, boleh membuat permohonan dengan bank masing-masing bermula 7 Ogos lepas.

Monotorium Sudah Berakhir, Apa Yang Boleh Anda Lakukan Bermula 1 Oktober
Sumber: The Star

Setakat 20 Julai, moratorium enam bulan telah memberi manfaat kepada 7.7 juta peminjam (93%) dengan jumlah RM38.3 bilion. Data Bank Negara Malaysia juga menunjukkan 243,000 PKS (95%) juga mendapat manfaat, dengan jumlah RM20.7 bilion.

Biarpun tempoh moratorium belum berakhir, jumlah peminjam individu yang meneruskan bayaran ansuran pinjaman dan tidak mengambil kemudahan moratorium meningkat daripada 331,000 peminjam pada April, kepada 601,000 peminjam pada Julai 2020.

Manakala, untuk tempoh yang sama, jumlah peminjam PKS yang memilih untuk tidak mengambil kemudahan ini telah meningkat daripada 5,000 kepada 13,000 peminjam.

Untuk yang tak mampu?

1. Penjaduan semula pinjaman – terma dan syarat pembayaran balik boleh diubah dan ditukar menyebabkan tempoh pinjaman akan lebih panjang atau perubahan pada jumlah bayaran ansuran bulanan.

2. Penstrukturan semula – terma dan syarat disusun semula seakan pembiayaan semula pinjaman.

3. Penyatuan hutang – langsaikan pinjaman dengan ambil pinjaman baru yang memiliki kadar faedah yang rendah.