
Moratorium Enam Bulan, Lelaki Ini Kongsi Tips Urus Kewangan
Sejajar dengan pengumuman PEMULIH, Perdana Menteri turut menyatakan moratorium selama enam bulan yang akan ditawarkan bermula 7 Julai ini.
Ia akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
BACA: Pemulih: Ini Syarat Dan Kelayakan Untuk Pengeluaran i-Citra
Moratorium ini juga tidak memberikan syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
Hanya cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.
Dalam pada itu, bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium automatik.
Mereka yang memohon moratorium ini akan melalui proses dan kaedah sama seperti mana moratorium sebelumnya.
Dalam tempoh enam bulan, mungkin ramai di antara kita yang boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu membayar pinjaman.
Tepuk dada tanya selera bagaimana cara kita menggunakan wang dalam tempoh moratorium.
Tidak dapat dinafikan masih ada yang memerlukan wang berkenaan tetapi sekurang-kurangnya mendapat manfaat dan menggunakannya dengan baik.
Justeru, saudara Azizul Azli Ahmad telah berkongsi di laman Facebook mengenai tips menguruskan wang moratorium dengan lebih baik buat mereka yang mungkin tidak berapa mahir dalam bab ini lebih-lebih lagi dikala pandemik.

Tips urus wang moratorium
1. Buat simpanan Dana Kecemasan. Jika kita ada hutang setiap bulan RM1,200 x 6 bulan kita akan ada RM7,200 simpanan kecemasan.
Simpanan ini untuk belanja kecemasan sahaja. Ia juga untuk belian barang keperluan asas jika tak cukup.
Jika masih ada gaji, guna duit gaji . Jangan guna dana kecemasan untuk beli apa apa keperluan. Guna bila kecemasan sahaja!
2. Boleh bayar baki hutang kad kredit. Jika kita ada hutang kad kredit sampai RM4,000. Manfaatkan duit Moratorium ini untuk langsaikan hutang ini secara berperingkat.
Mengapa kad kredit? Kadar faedah yang kad kredit kenakan sangat tinggi. Antara 12-15% kadarnya. Makin lama hutang itu melekat dengan kita makin buruk kewangan kita.
3. Ambil kembali emas yang dipajak di Ahrahnu. Kadar yang dikenakan oleh Ahrahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan. Jika setahun ia jadi 15.7%. Tinggi gila juga kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali dirumah kita.
4. Jika kita ada semua dana kecemasan, gaji stabil, company baik maka cuba selesaikan mana mana hutang yang mampu dan paling kecil dulu ya.
Katakan kita ada baki hutang pembiayaan peribadi berbaki RM3,000. Maka lebih baik selesaikan satu dari 4 hutang yang kita ada. Ini disebut snow ball effect.
Selesaikan hutang baki paling rendah. Selepas PKP 3.0 orang susah hati, hutang kita dan habis kita bayarkan nanti.
5. Laburkan kembali, bagi orang yang mahir dengan pelaburan sahaja bukan yang baru nak cuba cuba.
Manfaatkan duit ini untuk dilaburkan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur di situ.
Semoga bermanfaat!