‘Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo’, Scam Terbesar K-Drama 1

‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ Musim Ke-2, Scam Terbesar K-Drama?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hampir memasuki tahun kelima, peminat K-Drama masih lagi setia menantikan kemunculan musim kedua drama Moon Lover: Scarlet Heart Ryeo yang ditayangkan pada tahun 2016. Tapi nampaknya Scarlet Heart musim 2 hanyalah scam terbesar dalam K-Drama.

Diadaptasi daripada siri drama China, Scarlet Heart (2011) yang juga merupakan adaptasi novel Bu Bu Jing Xin, drama bersejarah ini menampilkan barisan pelakon hebat terdiri daripada tiga teraju utamanya iaitu Lee Joon-gi, Lee Ji-eun (IU), Kang Ha-neul.

‘Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo’, Scam Terbesar K-Drama 2

Walaupun siri drama Scarlet Heart China sudah pun mengeluarkan musim kedua pada tahun 2014, musim kedua drama Scarlet Heart versi Korea masih lagi tidak nampak bayangnya biarpun sudah menghampiri tempoh lima tahun.

BACA: Tak Popular Tapi Menarik, Ini 5 Drama Korea 2020 Yang Boleh Anda Tonton Tanpa Rasa Menyesal

Mengisahkan mengenai wanita abad ke-21, Go Ha-jin (IU) yang termasuk ke dalam badan seorang wanita Dinasti Goryeo iaitu Hae Soo semasa gerhana matahari, Hae Soo jatuh cinta dengan Wang Wook (Kang Ha-neul), putera ke-8 yang lemah lembut sehingga menyebabkan beliau secara tidak sengaja terjebak dengan krisis yang melibatkan putera ke-4, Wang So si ‘wolf dog’ (Lee Joon-gi) dalam krisis perebutan takhta istana.

‘Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo’, Scam Terbesar K-Drama

Jika dilihat dalam versi China, kesemuanya sepatutnya akan ‘dipertemukan semula’ di zaman moden.

Namun pada pengakhiran drama Scarlet Heart versi Korea, penonton dibiarkan tergantung dalam imaginasi sendiri apabila Hae Soo kembali menjadi Go Ha-jin di dunia abad ke-21 dengan kemusnahan Dinasti Goryeo.

Ada beberapa sumber mengatakan, jika adanya musim kedua adalah mustahil ianya ditayangkan sebelum 2022. Manakala Lee Joon-gi sendiri pernah mendedahkan musim kedua drama ini tidak mungkin akan ditayangkan kerana barisan pelakonnya terlampau sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Jadi wajarlah gelar Scarlet Heart musim 2 ini scam terbesar K-Drama, kan?

Bagi menghilangkan rasa sakit hati anda dengan penantian yang tak kunjung tiba, apa kata anda cuba tonton drama Korea tahun 2020 yang tidak popular tapi mempunyai plot yang menarik?

Yang pastinya tiada rasa menyesal kerana pengakhiran plotnya disusun rapi dan tiada sambungan musim.