Momo Challenge

Momo Challenge Kembali Lagi, Kali Ini Dalam Video Baby Shark

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Satu demi satu cabaran pelik yang muncul di zaman serba canggih ini. Kalau anda jenis yang peka, pasti anda pernah dengar tentang Momo Challenge kan?

Cabaran ini bukan biasa-biasa kerana kebiasaannya pemain cabaran ini akan berakhir dengan kematian. Momo, figura patung berwajah seram yang berasal daripada Jepun ini telah digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Dengan menyasarkan kepada golongan remaja, pengguna aplikasi WhatsApp akan berkomunikasi dengan Momo dan kemudiannya pengikut perlu mengikut setiap arahan daripadanya.

Walaupun patung Momo sudah dibunuh oleh tuannya, Keisuke Aiso awal Mac lalu, masih ada lagi pihak tidak bertanggungjawab cuba menghidupkan kembali Momo dengan cara munculkan patung seram itu dalam video Baby Shark di Spain.

Momo Challenge

Menyasarkan video Baby Shark mungkin kerana ianya ditonton oleh seluruh dunia, individu tidak bertanggungjawab tersebut menyebabkan timbulnya kebimbangan pada golongan ibu bapa.

“Hai, saya Momo. Saya mahu bermain dengan anda. Cari pisau di dapur potong tangan kecil anda. Jika anda tidak melakukannya, Momo akan mendatangi anda.”

Bagi langkah keselamatan, pihak kementerian pendidikan Spain telah bekerjasama dengan anggota polis untuk menyiasat dan menghukum sesiapa sahaja yang berada di ‘belakang’ kemunculan kembali Momo.

Sumber: Metro UK