JnT Mogok Campak Barang 3

Mogok Komisen Diturunkan, Tular Video Pekerja J&T Campak Barang Pelanggan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mogok Komisen Diturunkan, Tular Video Pekerja J&T Campak Barang Pelanggan

Sejak daripada PKP 2.0 mula dilaksanakan ada beberapa aduan yang tidak enak mengenai syarikat penghantaran barangan J&T.

BACA:Β J&T Kucar Kacir, Banyak Barang Pelanggan Tersadai

Bermula dengan isu lambakan barang sehinggalah kepada pemotongan komisen pekerja, kali ini tular pula satu video beberapa pekerja J&T melancarkan mogok dengan mencampak barangan pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat mereka.

Barang dicampak biarpun ada yang ditampal dengan pelekatΒ FRAGILE

JnT Mogok Campak Barang 1

Malah di media sosial juga sudah beberapa isu barang rosak diutarakan apabila menggunakan khidmat syarikat ini. Disebabkan itu jugalah ramai yang percaya bahawa pihak yang ditugaskan menghantar barang-barang pelanggan ini tidak mengendalikannya dengan berhati-hati.

Barang hancur/rosak

Menyalahi undang-undang Akta Perkhidmatan Pos 2012

Tahukah anda tindakan dengan niat jahat mahu melupuskan atau memusnakan, membuka, menyimpan, menahan atau menyembunyikan, melengahkan, mengabaikan atau salah serahan, mengusik atau menghalang mana-mana barang pos dalam perjalanan penyalurannya boleh dikenakan denda dan hukuman penjara?

Setakat ini masih lagi tiada kenyataan daripada pihak J&T berkenaan isu mogok ini.

Susulan kejadian itu, para pekerja serta pihak J&T sendiri telah memohon maaf di atas ketelanjuran tindakan mereka yang telah menyebabkan kerosakan pada barangan pelanggan.

Biarpun sudah memohon maaf, ramai rakyat Malaysia yang melancarkan boikot sudah tidak lagi mempercayai syarikat kurier ini untuk diberikan amanah bagi menghantar barangan mereka dan mula beralih kepada kurier lain.

Dalam satu vide TikTok yang tular, salah seorang kakitangan J&T meluahkan jika dahulunya barangan yang dihantar boleh mencecah antara 100 k3 150 bungkusan sehari, namun selepas insiden tersebut jumlah bungkusan turun secara mendadak kepada 30 bungkusan sahaja sehari.