Myvi Pintu Lamborghini 2

‘Modified’ Pintu Myvi Macam Lamborghini, Netizen Tertarik!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gangster di jalan raya, itulah Myvi. Sebut apa sahaja, semuanya Myvi mampu untuk lakukan. Jadi seperti Lamborghini pun boleh!

Satu ciapan video di Twitter menjadi tular semalam gara-gara seorang lelaki berbangsa India sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata mengubah suai pintu kereta jenama Myvinya kepada pintu Lamborghini.

Myvi Pintu Lamborghini 2

Di dalam paparan video tersebut anda boleh dengar kos yang dibelanjakan untuk melakukan modifikasi pintu tersebut adalah sebanyak RM2,800. Boleh tahan juga ya harganya.

Menurut survey di internet, sudah beberapa individu juga yang sanggup berhabisan untuk mengubah suai pintu kereta mereka seperti pintu kereta Lamborghini agar nampak lebih versatile.

Menjadi kegilaan lelaki untuk modifikasi kenderaan mereka, untuk pengetahuan anda pintu ini dikenali sebagai scisssor door yang dibuka dengan cara menaik ke atas dan bukannya menolak.

Agaknya, selepas ini ramailah yang kumpul duit nak lakukan yang sama ya?

One comment

Comments are closed.