
MMX Prime S7000 & MMX Aroma Max CM40: Robot Vakum Dengan Navigasi Canggih & Mesin Kopi Dengan Kawalan Pintar
MMX Prime S7000 Wet and Dry 5kpa Laser Navigation APP Smart Control Robot Cleaner
Tugas membersihkan rumah akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan dengan menggunakan peralatan yang canggih serta lebih mesra pengguna.
Jenama MMX memperkenalkan peralatan yang sangat sesuai untuk tujuan itu iaitu robot vakum MMX Prime S7000.
Menariknya, robot vakum ini mempunyai fungsi penggunaan di kawasan kering (600ml) dan basah (350ml). Fungsi mengemop basahnya yang unik membolehkannya mengemop dan mengelap lantai mengikut urutan laluan berbentuk Y.
Berbanding dengan robot vakum biasa, MMX Prime S7000 berkeupayaan untuk membantu membersihkan rumah secara lebih mendalam dengan menggunakan tangki air berkapasiti besar yang dikawal secara elektronik.
Dilengkapi dengan navigasi lidar konfigurasi ultra tinggi Dwi Laser + Navigasi SLAM, sistem pengimbasan laser LDS baharu robot vakum ini menggunakan navigasi SLAM yang berupaya mengimbas persekitaran rumah dan melakukan pemetaan dengan lebih tepat.
MMX Prime S7000 juga boleh dikawal hanya dengan satu klik. Apa yang diperlukan hanyalah App untuk mengawalkan tetapannya. Jadualkan masa pembersihan, melaraskan kuasa sedutan dan menyambungkannya ke peranti rumah pintar (Alexa dan Google Home) turut boleh dilakukan.
Pembantu maya ini juga boleh digunakan untuk menetapkan kawasan larangan dengan memetakannya pada App. Dengan cara itu, urusan harian boleh dijalankan seperti biasa sementara robot vakum ini melakukan tugasnya di sekeliling rumah.
Breakpoint Pembersihan Boleh Semula berfungsi apabila robot kehabisan kuasa, yang membolehkannya mengecas semula secara automatik sehingga bateri lithium berkapasiti 3000mAh itu dapat dicas sepenuhnya. Kemudian, ia akan segera kembali ke lokasi pembersihan terakhir untuk meneruskan kerja!
Lebih menarik, mod pembersihan pintar robot vakum robot ini disertakan dengan 4 jenis mod pembersihan canggih iaitu seluruh rumah, pembersihan zon terkonfigurasi, pembersihan PIN N GO dan zon terhad. Ia juga boleh menyimpan sehingga 5 peta pada satu masa, jadi tidak perlu risau untuk menambah peta baharu pada setiap masa.
Dengan tempoh waranti selama 12 bulan, dapatkan MMX Prime S7000 pada potongan harga sebanyak 53% iaitu hanya RM1,088.88 (harga biasa RM2,3000.00) dengan memasukkan kod baucar MMXMOS150 DI SINI.
——–
MMX Aroma Max CM40 3-in-1 Capsule/Milk Frothing and Espresso powder 20 Bar Coffee Machine
Tiada apa yang lebih mengasyikkan dari menikmati keenakan aroma kopi pada setiap pagi di dalam rumah sendiri.
Jenama peralatan rumah antarabangsa MMX kini tampil dengan mesin pembuat kopi MMX Aroma Max CM40.
Mempunyai pam tekanan 20 Bar untuk kegunaan rumah, kapasiti tekanan pembancuh kopi ini dapat menentukan betapa kuat, pahit atau lembut kopi itu mengikut kawalan suhu yang ditentukan bagi menghasilkan minuman kopi yang benar-benar sempurna.
Panel kawalan sentuh yang disediakan dapat memudahkan lagi pilihan untuk menentukan fungsi wap, menghidupkan/mematikan mesin serta memiilih untuk menghasilkan bilangan cawan bru yang diingini.
Rekabentuk mesin kopi yang sangat anggun dan menarik ini memang sesuai diletakkan di atas meja dapur tanpa mengambil banyak ruang. Ia didatangkan juga dengan perumah keluli tahan karat, dandang aloi aluminium die-cast, dwi penapis keluli tahan karat dan tombol wap boleh laras perak di sisinya.
Dari segi penggunaan, MMX Aroma Max CM40 juga mudah untuk dibersihkan serta boleh laras. Hanya keluarkan dulang titisan dan tangki air lutsinar 1.5L yang boleh ditanggalkan untuk membersihkannya dengan mudah.
Membuat kopi turut menjadi lebih seronok kerana rekaannya yang canggih dapat diserasikan juga dengan penapis kapsul Nespresso selain dari menggunakan serbuk kopi biasa.
Tidak perlu risau dengan tekanan berlebihan kerana ianya mempunyai lapisan perlindungan tambahan yang melindunginya dari menjadi terlalu panas serta dilengkapi dengan fungsi mematikan kuasa secara automatik.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki MMX Aroma Max CM40 di rumah pada harga potongan istimewa 56% iaitu hanya RM438.88 (harga biasa (RM988.00) dengan memasukkan kod baucar MMXMOS20 DI SINI.
Trending now



