
Misteri Pesawat Yang Mendarat Bersama Tengkorak Selepas 35 Tahun Hilang
Misteri kehilangan pesawat bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia penerbangan.
Selain MH370, ada satu kisah kehilangan pesawat yang sehingga ke hari ini masih lagi disebut dan menjadi misteri.
Pesawat berkenaan ialah Santiago Flight 514 yang hilang pada tahun 1954 dan hanya ditemui 35 tahun kemudian iaitu pada 1989.
Menurut tabloid antarabangsa, pesawat Santiago 513 berlepas pada 4 Septermber 1954 dari Aachen, Jerman dan dijadualkan sampai di Porto Alegre, Brazil 18 jam kemudian.
Namun di pertengahan perjalanan, pesawat berkenaan hilang semasa merentasi Lautan Atlantik. Semasa kehilangannya, pihak berkuasa percaya pesawat berkenaan sudah pun terhempas di lautan.
Biarpun bertahun pencarian dijalankan, tiada satu pun hint atau bukti yang ditemui sehinggalah Santiago Airlines berhenti operasi pada 1956 akibat daripada kehilangan tersebut. Dan operasi pencarian dihentikan.
BACA: Tiada Kaitan Dengan Mistik, Wartawan Ini Rungkai Misteri ‘Kehilangan’ Di Laut Segi Tiga Bermuda
Namun pada 12 Oktober 1989, lapangan terbang Porro Alegre, Brazil menemui satu pesawat yang tidak berdaftar mengelilingi pangkalan udara. Apabila menara kawalan cuba menghubungi juruterbang pesawat tersebut tiada respon diterima.
Sehinggalah pesawat berkenaan menghampiri landasan dan melakukan perfect landing. Dari luar, pesawat tersebut masih dalam keadaan baik, dan enjin masih bergerak selepas mendarat.
Apabila pihak berkuasa lapangan terbang menghampiri pesawat berkenaan dan membuka pintu dari luar, mereka menemui 92 rangka manusia termasuklah empat krew kabin dalam keadaan elok terjaga dan ‘selamat’ di tempat duduk masing-masing.
Malah tangan juruterbang juga masih terletak elok pada alat kawalan penerbangan.
Namun, kisah ini dikatakan tidak benar kerana:
- Reputasi media yang melaporkan kisah Santiago 513 terkenal dengan imeh ‘cerita fiksyen’
- Kisah Santiago 51 3ini dikatakan hampir sama dengan episod rancangan The Twilight Zone – The Odyssey of Flight 33 pada tahun 1961.
- Kekurangan bukti.
Sumber: