‘Misteri Mona’ Layak Bergelar Drama Melayu Terbaik 2020 1

‘Misteri Mona’ Layak Bergelar Drama Melayu Terbaik 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Drama Misteri Mona arahan Amor Rizan yang menampilkan pelakon Ruzana Ibrahim, Janna Nick dan Redza Rosli ini merupakan drama yang boleh dinobatkan sebagai drama Melayu terbaik untuk tahun 2020.

BACA: Ulasan Filem: Ma

Bawa genre psiko thrillerMisteri Mona mengisahkan mengenai Anom (lakonan Janna Nick) yang menghidap penyakit mental kronik disebabkan kisah silamnya.  Suaminya, Dr Nadeem (lakonan Redza Rosli) risau dengan keadaan Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita iaitu Mona. Dek kerana terlalu  sibuk, Nadeem mengupah Farah (lak0nan Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

 

‘Misteri Mona’ Layak Bergelar Drama Melayu Terbaik 2020

Walaupun plot yang dibawa agak berat, drama ini menjadi trending di media sosial kerana jalan ceritanya yang lain daripada lain. Persoalan demi persoalan timbul menjadikan penonton tidak sabar menunggu bagaimana pengakhiran drama ini dirungkaikan.

Untuk anda yang terlepas menonton drama pendek lapan episod ini, bolehlah menonton di YouTube TV3 Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Anom adalah pesakit yang didiagnosis dengan penyakit mental DID (Dissociative Identity Disorder) atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Kecelaruan Jati Diri.

Penyakit ini menyebabkan penghidap mengalami kekacauan memori dan kesatuan identiti kerana mereka mempunyai lebih daripada satu identiti atau personaliti menjadikan identiti diri mereka berkecamuk dan tidak seragam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Ada kalanya pesakit akan kelihatan ceria namun pada satu saat lain personaliti mereka boleh berubah dan menjadi lebih agresif – bergantung kepada personaliti yang berbeza dalam diri mereka.

Terdapat banyak punca yang dikaitkan dengan penyakit ini antara yang paling rapat ialah trauma yang dialami semasa kanak-kanak. Disebabkan trauma, kanak-kanak akan membayangkan situasi berbeza daripada situasi semasa sebagai mekanisme untuk mengatasinya.

Antara simptom yang boleh dilihat adalah pesakit ada masalah mudah lupa, sukar mengingati maklumat diri yang pentng dan boleh mempunyai umur, jantina, bangsa atau warganegara yang berbeza dengan hos badan.