Misteri Di Sebalik Bunyi Mengilai Dalam Lagu ‘Menanti Kekasih’

Misteri Di Sebalik Bunyi Mengilai Dalam Lagu ‘Menanti Kekasih’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Misteri di sebalik bunyi mengilai dalam lagu Menanti Kekasih.

Di Malaysia, nama Alda Risma mungkin tidak berapa dikenali, tetapi di negara jiran Indonesia, penyanyi lagu Menanti Kekasih ini sangat terkenal dan mendapat perhatian luas.

BACA: Mengenang Enam Tahun Kehilangan MH370, Misteri Yang Masih Tidak Dapat Dirungkai

Sudah pun meninggal dunia pada 12 Disember 2006, pemergian Alda Risma dikatakan mempunyai hubungan dengan kecurangan kekasihnya.

Pelbagai kontroversi melibatkan pemergian Alda, antaranya selepas tiga hari ini dibuat, polis menemui mayat beliau di hotel namun puncanya adalah kerana overdose suntikan bahan terlarang.

Laporan daripada pihak forensik mendapati bahawa Alda telah meninggal dunia tujuh hari dari tarikh beliau dijumpai.

Misteri Di Sebalik Bunyi Mengilai Dalam Lagu ‘Menanti Kekasih’ 1

Yang menimbulkan misteri, siapa yang merekodkan lagu Menanti Kekasih ini?

Menurut sumber dan juga pengurus Alda, lagu berkenaan tidak diketahui dari mana datangnya; siapa penulis lirik dan komposernya. Yang tahu tiba-tiba ianya sudah siap direkod.

Ada yang mengatakan kononya ketika lagu ini dirakam, Alda dalam keadaan sedih dan kecewa selepas mengetahui kecurangan kekasihnya. Namun kesahihannya sehingga kini masih lagi tidak diketahui.

Ramai juga yang berkongsikan mengenai kisah seram mereka selepas dari mendengar lagu ini. Digelar sebagai lagu berhantu, di pengakhiran minit lagu Menanti Kekasih ini boleh didengari suara hilai tawa yang menyeramkan.

Jika anda berani, bolehlah mainkan lagu ini. Namun risiko tanggung sendiri tau.

 

Yang tak berani bolehlah baca sahaja lirik lagu yang kami sediakan ini.

Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi di atas pohon
Kubiarkan rambutku
Terurai

Tanpa kaki, kelelawar
Anjing dan bulan purnama
‘Ku menanti kekasihku
Yang belum mati

Kapan mati kekasihku?
‘Ku menanti kau di sini
Ayo mati bunuh diri
Biar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti

Kapan mati kekasihku?
‘Ku menanti kau di sini
Ayo mati bunuh diri
Biar kita jumpa lagi
Seperti dulu