
Misteri Apartmen Tinggal Dalam Filem ‘The Grostesque Mansion’ Papar Elemen Seram Sebenar
Misteri apartmen tinggal dalam filem seram The Grostesque Mansion.
Filem seram dari Korea, The Grostesque Mansion yang baru ditayangkan pada Julai 2021 mendapat sambutan hangat di sana.
BACA: ‘The 8th Night’ Buat Penonton Tak Senang Duduk Dengan Paparan Babak Seram
Ini kerana elemen seram yang dipertontonkan memang agak real dan boleh membuatkan penonton terasa seperti mereka yang ada di dalam filem tersebut.
The Grostesque Mansion mengisahkan mengenai seorang penulis webtoon seram, Ji-woo yang mencari idea di sebuah apartment yang dipanggil sebagai Gwanglim Mansion.
Di sana beliau bertemu dengan seorang penjaga yang tidak berekspresi yang bersedia untuk membuka cerita mengenai apa yang pernah berlaku di sana, terutamanya di bilik nombor 504 dan 708.
Semakin lama Ji-woo mendengar kisah seram di sana, semakin beliau obses dengan apartmen tersebut.
Filem ini dibahagikan kepada lima bab, iaitu:
Bab 1: Bilik 504 – Penulis
Bab 2: Bilik 907 – Ahli Farmasi
Bab 3: Bilik 708 – Penjual
Bab 4: Bilik 604 – Pelajar
Bab 5: Bilik 1504 – Penjaga
Dengan plot yang mudah difahami, filem ini akan merungkai misteri di apartmen tersebut yang mana Bab 5 adalah bab kemuncak yang akan membuatkan anda faham bagaimana situasi ini berlaku pada awalnya.
Tonton dahulu trailer filem seram lakonan oleh Sung Joon, Kim Hong Pa, Kim Bo Ra dan Park So Jin yang diarahkan oleh Jo Ba Reun ini di pautan bawah:
Jika anda minat filem dengan elemen seram, mungkin anda boleh tonton filem yang baru sahaja ditayangkan di Netflix pada bulan Julai iaitu The 8th Night.
Banyak mendapat respon positif, filem yang diarahkan oleh Kim Tae-hyung ini mengisahkan perjuangan pengusir syaitan dalam menghentikan kebangkitan dua makhluk misteri dari zaman dahulu yang menyiksa manusia.