
‘Miracle In Cell No.7’ Tanpa Gagal Buat Penonton Menangis
Ada sesetengah individu sukar untuk meluahkan rasa sedih mereka. Bagi mengekspresikan apa yang dirasa, ada yang menggunakan medium filem/drama sedih bagi melegakan perasaan.
Biarpun sudah hampir lapan tahun berlalu, filem Miracle in Cell No. 7 tetap menjadi pilihan ulang tonton penonton. Ini kerana plot ceritanya sentiasa evergreen dan boleh dikaitkan dengan setiap yang bernama manusia.
BACA: Netflix Menayangkan Filem Rabun, Mukhsin Dan Talentime Arahan Pengarah Popular Yasmin Ahmad
Mengisahkan mengenai seorang lelaki yang memiliki keterbatasan mental yang dituduh membunuh dan dipenjarakan, dalam babak awal, Ye-sung (lakonan Park Shin-hye) merupakan seorang peguam yang membela mendiang ayahnya, Yong-gu (lakonan Ryu Seung-ryong) atas kesalahan yang tidak dibuat beliau.
Menang dalam perbicaraan, Ye-sung semasa keluar dari mahkamah terlihat satu babak yang mengingatkan beliau kepada kehidupannya semasa kecil bersama ayahnya.
Dibesarkan oleh ayah yang memiliki mental kanak-kanak berusia enam tahun, Ye-sung (lakonan Kal So-won) mengalami banyak kesukaran tetapi tetap bahagia dengan kehidupannya.
Namun kehidupan mereka tiba-tiba berubah apabila Yong-gu dituduh membunuh dan melakukan serangan seksual semasa cuba untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak dengan menggunakan CPR.
Dimasukkan ke dalam penjara, Yong-gu pada awalnya dibenci rakan selnya kerana kesalahan jenayahnya diterima baik selepas menyelamatkan ketua geng penjara, So Yang-ho.
Mengetahui mengenai kisah Yong-gu, rakan-rakan selnya cuba membantu menyeludup Ye-sung ke dalam penjara dan menyatukan semula kedua anak beranak tersebut.
Disebabkan kejayaan filem bukan sahaja di Korea tetapi juga di negara-negara lain, ianya telah diadaptasi ke dalam beberapa versi antaranya Pushpaka Vimana (India – 2017), 7. Kogustaki Mucize (Turki – 2019), Miracle in Cell No. 7 (Filipina – 2019) dan Miracle in Cell No.7 (Indonesia – 2020).
Pushpaka Vimana (2017)
7. Kogustaki Mucize (2019)
Miracle in Cell No. 7 (2019)
Miracle in Cell No. 7 (2020)
https://www.instagram.com/p/B_6yXRMpwU3/
Setiap kali menonton filem ini, ianya tanpa gagal mampu menyebabkan anda menangis. Biarpun sudah lama ditayangkan, lakonan hebat dua watak utama ini sehingga kini berjaya dirasai penonton. Malah sehingga ke hari ini ianya sentiasa menjadi sebutan.
Mungkinkah satu hari nanti akan ada pula versi Malaysia?