Minuman Isotonik

Minuman Isotonik Bukan Ubat Demam, Doktor Tegur Amalan Salah Dan Merbahaya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penasihat dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia, Dr. Ahmad Firdaus mendedahkan, ramai pesakit dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah ‘Hyperglycaemic Crisis’ iaitu kandungan gula terlalu tinggi dalam badan sehingga boleh mengakibatkan komplikasi.

Salah satu dari puncanya adalah disebabkan mempercayai mitos yang mengatakan pengambilan minuman isotonik yang mengandungi gula tinggi mampu dijadikan sebagai rawatan terbaik untuk melegakan demam.

Lebih teruk, ada juga individu yang mengamalkan minuman isotonik setiap hari untuk mencegah dari mendapat demam.

KOSMO! ONLINE melaporkan terdapat banyak senario yang dikongsikan oleh orang ramai di laman Facebook kumpulan tersebut yang mendakwa kemujaraban air ‘ajaib’ tersebut.

“Demam sikit, minum air isotonik. Aku dah minum air isotonik sebotol, sekarang baru rasa lega sikit,” tulis seorang individu.

“Ini dah terpesong jauh dah. Ramai pula beritahu ini benda yang mereka amalkan apabila demam.

“Dekat rumah dah ada stok berbotol-botol air isotonik. Berlari dan bersukan pun tak, teguk air isotonik macam masuk ‘Iron Man’,” ujar Dr. Ahmad Firdaus.

Menurutnya lagi, jika demam, sebenarnya tidak perlu untuk mengambil minuman isotonik kerana ia bukanlah ubat untuk menyembuhkan demam mahupun cirit-birit.

“Jika ada dehidrasi atau badan kurang air disebabkan cirit-birit dan muntah, cari ‘Oral Rehydration Salt’. Seeloknya dapatkan dahulu nasihat doktor.

“Jika ada ‘glucometer’ bagi tujuan ‘Self Monitoring of Blood Glucose (SMBG)’, semak dahulu paras gula dalam darah. Gula yang terlalu tinggi juga boleh ada gejala muntah, loya dan badan lesu,” nasihatnya lagi.

Minuman Isotonik

BACA: Minuman Bergas: 5 Sebab Kenapa Ibu Bapa Patut Jangan Beri Anak Minum Langsung

Sumber: KOSMO! ONLINE