
Mahu Sunting Gambar Konvo Bersama Arwah Ibu Ayah, Permintaan Graduan Ini Buat Ramai Sebak
Mahu sunting gambar konvo bersama arwah ibu ayah, permintaan graduan ini buat ramai sebak.
Sakit yang paling perit ialah sakit kehilangan ibu bapa. Paling perit jika ada momen-momen yang mahu dikongsi bersama terpaksa dilupakan kerana keduanya sudah pun pergi menghadap Tuhan.
Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, @pantungalimar, permintaan daripada seorang graduan yang mahukan gambar ibu dan bapanya ”dimasukkan’ ke dalam gambar graduasinya.
Menerusi satu mesej yang dimuat naik, graduan tersebut memberitahu hasrat ibunya mahu salah seorang daripada anak-anaknya belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Atas izin dan restu ibu, beliau berjaya mengikuti ujian untuk masuk ke universiti. Namun di pertengahan, beliau mendapat perkhabaran bahawa ibunya meninggal dunia.
Selesai sahaja urusan pengebumian, beliau langsung terus berusaha untuk melunaskan keinginan ibunya.
BACA: Dilahirkan Tanpa Betis, Kisah Anak Istimewa Minta Kaki Sempena Hari Lahir Buat Netizen Sebak
Biarpun tahu impian mahu ibu dan bapanya hadir ke majlis konvokesyennya mustahil, namun beliau tetap mahu merealisasikannya dengan meminta bantuan untuk gambar konvokesyennya disunting.

Menunaikan permintaan graduan berkenaan, ramai yang turut sebak apabila permintaan beliau untuk disunting gambar konvo bersama arwah ibu dan bapanya itu dimuat naik di Twitternya.

Antara komen netizen:
Mencoba ga mewek, jangan mewek pliss but i can't 😭 follow acc nya bang gal nih kyk naik roller coaster kadang dibuat ketawa ngakak sama editannya abis itu mellow mewek kyk gini, bener bener yaaa 🙁
— Mbak Din (@mbakandind) September 20, 2021
sedih baca certnya, sm kyk aku. Kuliah krn pgn bahagiain orng tua. Thn kmrn harus kehilangan penyemangat biar aku mau kuliah, slma sklh gk pernah foto full klrga pas wisuda krna sejak kls 3 SD udah jd anak broken home. Th kmrin ibu meninggal dan ggl buat wisuda di ksmptn terakhir
— dorareti (@dorareti2) September 21, 2021
coba ikut buat retouch bg.
ni file gede nya, kalo mw di cetak: https://t.co/VIcU3Bluyy thanks me later. pic.twitter.com/GrHbxUTzFq
— Reza A. (@badutjeleeq) September 20, 2021
Terdahulu, pandemik yang melanda menyebabkan universiti perlu kreatif untuk mengadakan majlis konvokesyen untuk pelajarnya.
Demi memastikan kenangan tercipta, sebuah sekolah swasta di Bangalore, India telah mengadakan majlis konvokesyen pandu lalu. Majlis itu dimuat naik di Facebook (FB), pertama kali diadakan pada Jumaat, demi memastikan pelajar sesi 2020 mempunyai kenangan konvokesyen.
Hindustan Times melaporkan, majlis itu berlangsung meriah dengan pelajar masuk bersama guru ke kawasan padang kampus CIS menaiki kenderaan masing-masing.
Baca lanjut di: Demi Pastikan Kenangan Tercipta, Sekolah Ini Adakan Majlis Konvokesyen Pandu Lalu
Trending now



