Minta Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji, Hotel Besar 5 Bintang Umum Henti Operasi Hingga Akhir Tahun

Minta Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji, Hotel Besar 5 Bintang Umum Henti Operasi Hingga Akhir Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebuah hotel bertaraf lima banintang dengan kemudahan 500 buah bilik mengumumkan kesediaan menghentikan operasi sehingga akhir tahun ini. Dalam satu memo dalaman yang dibocorkan oleh sumber, pihak pengurusan telah minta pekerja ambil cuti tanpa gaji sepanjang tempoh penutupan tersebut.

BACA: Mereka Yang Dikuarantin Pilih Hotel 5 Bintang Perlu Tanggung Kos Sendiri

Memberikan jaminan pekerjaan sekiranya hotel kembali beroperasi, kakitangan juga dibenarkan bekerja separuh masa atau secara kontrak dengan syarikat lain.

Diberikan bayaran gaji setengah bulan bagi April, pemilik syarikat yang juga merupakan satu nama besar dalam negara memberitahu dalam surat berasingan,

“Kami berharap semua kakitangan bersetuju menyerahkan borang cuti tanpa gaji secara sukarela. Ini untuk tempoh sehingga Disember 2020 atau Jun 2021 mengikut hasrat anda.”

Menurut pihak pengurusan, transformasi besar dijanjikan kepada mereka yang memilih untuk kekal bersama hotel tersebut. Keputusan drastik berkenaan terpaksa diambil susulan daripada kehilangan pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu dan dijangka berakhir pada 12 Mei ini.

Minta Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji, Hotel Besar 5 Bintang Umum Henti Operasi Hingga Akhir Tahun 1
Gambar sekadar hiasan. Sumber: FMT

Minta pekerja ambil cuti tanpa gaji

Menurut sumber FMT, hotel berkenaan tidak mencarum untuk SIP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso sejak Jun 2019 walaupun membuat potongan gaji pekerja.

BACA: Ketahui Hak Anda Sebagai Pekerja Sepanjang Musim COVID-19

Malah pekerja yang berpendapatan bawah RM4,000 juga tidak dilindungi program pengekalan pekerjaan (ERP); inisiatif subsidi gaji kerajaan bagi memastikan majikan yang mengambil bahagian mengekalkan pekerja mereka selama 6 bulan.

Sumber: FMT