Minta Kerajaan Tapis Kandungan Netflix, Ini Respon ‘Win’ Netizen Untuk FINAS

Netflix RM17 Sebulan
Sumber: Express UK

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS (Perbadanan Kemajuan FIlem Nasional Malaysia), Ahmad Idham Nadzri memberitahu pihak mereka telah menyuarakan usul kepada kerajaan agar menapis kandungan program yang disiarkan di platform penstriman Netflix.

Tapis Kandungan Netflix

Ini kerana FINAS memandang serius isu tersebut kerana isi kandungan yang tidak dipantau boleh memberikan kesan negatif kepada pelanggan sekiranya tidak dipantau. Pernah menyuarakan kebimbangannya, Ahmad Idham memberitahu tiada tindakan susulan selepas aduan dilakukan.

“Walaupun penapisannya bukan di bawah bidang kuasa Finas tetapi kita serius mengenai hal ini kerana kandungannya boleh memberi kesan negatif jika tidak dipantau.”

“Kita mengambil pendekatan untuk mengawal kandungan filem dan rancangan televisyen tempatan tetapi di peringkat antarabangsa masih lagi terbuka.”

Walaupun cadangan yang diusulkan beliau disertakan dengan niat yang baik, namun rata-rata daripada pelanggan Netflix tidak bersetuju dengan pandangan beliau terutamanya apabila Netflix sudah menyediakan pilihan untuk kawalan ibu bapa yang membantu ibu bapa mengawal tontonan anak-anak.

Empat langkah mudah tapis kandungan di Netflix…

Netflix bukan platform cari bahan 18 tahun ke atas.

Rata-rata pelanggan Netflix tidak berpuas hati dengan cadangan beliau meminta sebelum beliau menapis kandungan filem antarabangsa adalah lebih baik beliau fokuskan dahulu mengenai kandungan ‘sampah’ filem tempatan. Malah ada yang tidak berpuas hati kerana dengan pembayaran RM51 sebulan, ianya adalah satu pembelian yang tidak adil buat pelanggan.