
Miliki Rumah Pertama Dengan PR1MA – 4 Langkah Mudah Untuk Memohon
Selalu dengar orang sebut ‘miliki rumah pertama dengan PR1MA’ , tapi anda tahu tak apa itu PR1MA sebenarnya? Macam mana nak mohon rumah PR1MA?
Kalau nak tahu PR1MA merupakan satu projek perumahan mampu milik yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia berpendapatan rendah memiliki rumah dengan harga yang berpatutan.
BACA: Elak Pelaburan Jadi Sia-Sia, Ini Cara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Rumah Lelong
Apa itu PR1MA?
Terletak di bawah Akta PR1MA 2012, objektif skim ini adalah untuk merancang, membangun, membina dan mengekalkan perumahan bermutu tinggi untuk rakyat yang duduk di kawasan bandar utama tetapi memiliki pendapatan isi rumah sederhana.
Lokasi rumah PR1MA
Yang menariknya, rumah PR1MA akan dibina di kawasan yang dekat dengan kemudahan termasuklah sekolah, kedai runcit, pengangkutan awam dan sebagainya.
Kos rumah PR1MA
Setiap rumah PR1MA ditawarkan dengan harga bermula RM100,000 hingga RM400,000 sahaja dan ianya jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan kebanyakan rumah-rumah terutamanya di kawasan bandar.

Siapa yang layak mohon rumah PR1MA
- Warganegara Malaysia
- Bujang atau berkahwin berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami isteri) antara RM2,500 hingga R15,000 sebulan
- Boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.
Langkah mohon rumah PR1MA
Terdapat empat langkah mudah untuk memohon – PENDAFTARAN, PERMOHONAN, PENGUNDIAN dan PEMBIAYAAN
- PENDAFTARAN – Pendaftaran rumah PR1MA adalah PERCUMA. Masukkan maklumat yang diminta termasuklah beberapa dokumen berkaitan – salinan kad pengenalan, sip gaji dan penyata bank terkini. Lihat SINI.
- PELANCARAN – Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek PR1MA di lokasi pilihan anda – emel atau media.
- PERMOHONAN – Tunggu pengundian dibuka untuk permohonan pembangunan hartanah tertentu. Dapatkan info menerusi laman web PR1MA .
- PENGUNDIAN – Pihak PR1MA akan lakukan undian secara terbuka. Sekiranya berjaya, anda akan dimaklumkan menerusi emel.
- PEMILIHAN UNIT – Selesai proses pengesahan permohonan pemilihan unit, anda akan diminta untuk memilih unit yang dikehendaki. Sekiranya unit yang dipilih terlalu ramai yang nak, anda boleh mohon untuk masuk dalam senarai menunggu. Sementara itu bolehlah tengok dan mohon projek PR1MA yang lain – automatik nama akan terkeluar dari senarai menunggu.
- PEMBIAYAAN – Pinjaman boleh dibuat daripada mana-mana pihak bank yang disediakan. Pastikan skor Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) anda positif bagi memudahkan proses daripada pihak bank untuk meluluskan pinjaman.
- PERJANJIAN JUAL BELI (SPA) – Selesai proses di atas, anda akan diminta untuk tandatangan SPA yang terkandung semua terma dan syarat antara pemaju, PR1MA dan pembeli.
- PENYERAHAN PEMILIKAN KOSONG – Pembeli akan menerima Sijil Penyelesaian dan Pematuhan (CCC) bagi mengesahkan perjanjian yang dibuat.
Scam rumah PR1MA
Disebabkan skim rumah PR1MA adalah untuk kumpulan berpendapatan rendah, ada pihak yang mengambil kesempatan kononnya mereka yang tidak layak turut boleh memohon kerana mempunyai hubungan dengan orang dalam dengan sedikit pembayaran sebagai deposit.
Untuk mengelakkan daripada berlaku, gunakan saluran yang betul dan memohon menerusi laman web rasmi.

Bayaran RM500
Bermula 1 Jun 2019 bayaran tempahan sebanyak RM500 dalam bentuk cek atau draf bank diperlukan bagi meneruskan pembelian atas nama PERBADANAN PR1MA MALAYSIA, PR1MA DEVELOPMENT SDN BHD dan PR1MA SEREMBAN SENTRAL SDN BHD.

Trending now



