Miliki Kehebatan Luar Biasa, Dua Anak Yatim Ini Hafal Setiap Halaman Ayat Al-Quran Berserta Terjemahan Digelar ‘Google Al-Quran’

Miliki kehebatan luar biasa bukan sekadar mampu menghafal Al-Quran, dua anak yatim ini turut menghafal terjemahan serta halaman kitab suci ini sehingga diberikan gelaran Google Al-Quran.

BACA: Lebih Sedekad Kaji Banyak Kitab Agama, Pasangan Mualaf Ini Akhirnya Temui ‘Cinta’ Dalam Al-Quran

Keduanya, Muhammad Ghozali Akbar, 12 tahun dan Kamil Ramadhan, 13 tahun merupakan tahfiz termuda di Indonesia menuntut di Sekolah Berasrama Islam Muttaqin (Muttaqin Islamic Boarding School) di Yogyakarta.

Banyak memenangi pertandingan menghafal Al-Quran, kedua-duanya mampu menghafal dan mengingati setiap halaman, nombor ayat susunan baris dan urutan dalam Al-Quran sejak berusia 11 tahun lagi.

Miliki Kehebatan Luar Biasa Hafal Keseluruhan Al-Quran Berserta Terjemahan Dan Halaman, Dua Anak Yatim Ini Digelar ‘Google Al-Quran’

Tidak hanya menghafal terjemahan dalam Bahasa Indonesia, keduanya turut berkebolehan mengingati terjemahan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin serta mampu membuatkan penonton menangis mendengar alunan merdu suara mereka.

Digelar Google Al-Quran, keduanya pernah menarik perhatian dunia kerana sudah menghafal kesemua juz dalam Al-Quran mampu membacakan ayat yang diminta dengan baik dan lancar berserta terjemahan dalam tiga bahasa berbeza.

Pernah bertanding di Majlis Tilawah Al-Quran Moscow yang ke 19 (19th Moscow International Quran Reciting Competition), keduanya yang miliki kehebatan sama masing-masing pernah menyandang gelaran juara (Ghozali) dan tempat ke-3 (Kamil) pada pertandingan Hafiz Indonesia 2017. Manakala di Pertandingan Hafiz Antarabangsa 2018 di Jeddah, Ghozali menduduki tempat ke-3 dan Kamil di kedudukan ke-6.

Sumber: Tribunnews