Kekayaan Ku Nan 10

Miliki Aset Hampir RM1 Bilion, Ku Nan Pegang 99% Saham Syarikat Tadmansori Sdn Bhd

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ku Nan miliki aset hampir RM1 bilion.

Selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) untuk pengisytiharan asetnya didengar dalam prosiding secara tertutup tanpa kehadiran orang awam atau pun media, Ku Nan gagal mengawal perasaannya di bilik bicara.

Menurut sumber Berita Harian, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu dilihat meninggikan suara apabila ditanya sama ada ayat dalam pernyataan saksinya adalah pendapat peribadi.

“Apabila saya katakan saya tidak mahu mengisytiharkan diri saya, ia kerana di khalayak ramai, anda tahu mengapa. Sekarang saya menghadapi masalah. Selepas saya mendedahkan hampir satu bilion (aset), mereka akan mensensasikannya.”

Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan itu dalam keputusannya terhadap pengisytiharaan aset memutuskan untuk siasatan dijalankan secara telus dan adi, orang awam berhak mendengar dan melihat apa yang berlaku di mahkamah.

Ku Nan sebagai tertuduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas dakwaan menerima suapan RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong memaklumkan beliau bimbang mengenai keselamatan keluarganya sekiranya aset kekayaannya diketahui oleh umum.

Menafikan dakwaan Tun Mahathir yang beliau adalah seorang pencuri, Ku Nan mendedahkan kekayaan yang beliau ada kini adalah datang daripada perniagaannya sebelum beliau menyertai politik.

“Menceburi politik tidak menambahkan harta saya sebagaimana dakwaan Tun, sebaliknya ia semakin berkurangan.

Biarpun nilai harta saya semakin berkurangan saban tahun, namun saya gembira dapat membantu rakyat dengan duit yang saya ada.”

Pernah diisytiharkan dalam senarai orang terkaya di Malaysia pada tahun 1992, Setiausaha Agong Barisan Nasional dan UMNO yang miliki aset hampir RM1 bilion tersebut ‘mengungkit’ jasa beliau dalam mempertahankan Tun Mahathir daripada serangan reformasi walaupun pada hakikatnya antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, Anwar Ibrahim lebih banyak menyumbang dalam perniagaannya.

Kekayaan Ku Nan 9
Sumber: Malay Mail

17 Januari lalu, Ku Nan mengaku pada Mahkamah Tinggi bahawa beliau ada menerima cek berjumlah RM2 juta daripada Chai yang juga rakannya sejak 30 tahun lepas pada empat tahun lalu.

Walau bagaimanapun, sumbangan yang dijanjikan Chai tidak dapat direalisasikan dalam masa singkat menyebabkan beliau meminta Chai mengeluarkan cek atas nama syarikatnya, Tadmansori Holdings bagi menggantikan semula wang peribadinya yang digunakan untuk tujuan PRK.

Menyifatkan jumlah berkenaan hanya sebagai jumlah ‘duit poket’nya, Bendahari UMNO tersebut mendedahkan tidak perlu mengambil RM2 juta tersebut untuk kegunaan peribadi dan menegaskan ianya adalah derma politik.

BACA: Dr Mahathir Akui Untungkan Taikun Ketika Krisis Kewangan Tahun 97-98

Malah Ku Nan turut mendedahkan beliau telah mendahulukan wangnya sebanyak RM2 juta untuk kegunaan jentera pilihan raya Barisan Nasional sewaktu PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016.

Malah kekayaan luar biasa beliau turut dipersoalkan Anwar Ibrahim yang meminta Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri membersihkan jentera kerajaan.

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/581420019076969/

Pada Julai 2019, Ketua Pegawai Operasi Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB), Datuk Mohd Hasbi Jaafar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Ku Nan merupakan pemegang saham terbesar di syarikat berkenaan dengan nilai RM99.99 juta.

Tadmansori merupakan salah satu konglomerat Malaysia dengan kepelbagaian kepentingan dalam pelbagai sektor pernigaan antara pembuatan, telekomunikasi, industri makanan, hospitaliti, perladangan dan pendidikan.

 

TADMANSORI SDN BHD

Kekayaan Ku Nan 1

99% daripada syarikat Tadmansori adalah milik Ku Nan?

Kekayaan Ku Nan 2

HOTLINK, NJOI, DYSO, BEAT, APPLE

Kekayaan Ku Nan 3

PEMBUATAN KARPET

Kekayaan Ku Nan 4

INDUSTRI MAKANAN

Kekayaan Ku Nan 5

PENDIDIKAN

Kekayaan Ku Nan 8

PERLADANGAN

Kekayaan Ku Nan 7

HOSPITALITI

Kekayaan Ku Nan 6

Lihat DI SINI untuk mengetahui jenis perniagaan lain yang djalankan dan dimiliki oleh Ku Nan.

Sumber: Berita Harian, FMT, Malaysia Gazette, The Borneo Post.