Microsoft Umum Tutup Semua Rangkaian Kedai Di Seluruh Dunia

Microsoft Umum Tutup Semua Rangkaian Kedai Fizikal Di Seluruh Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wabak pandemik COVID-19 menyaksikan banyak perniagaan jatuh tanpa mengira tempoh masa penubuhannya. Tidak terkecuali, syarikat teknologi komputer, Miscoroft Corporation baru-baru ini mengumumkan akan menutup semua 116 rangkaian kedai fizikal mereka, Microsoft Store di seluruh dunia.

BACA: Hotel 40 Tahun Antara Antara Yang ‘Tumpas’ Sepanjang Pandemik COVID-19 Melanda

Akan menumpukan pada penjualan secara dalam talian, empat buah Microsoft Store iaitu di London (Oxford Circus), New York (Fifth Ave), Sydney (Westfield Sydney) dan Redmond akan diubah menjadi bilik pameran bagi memudahkan pelanggan untuk mencuba produk.

Microsoft Jepun bekerja empat hari
Sumber: WUSF

Kesemua kakitangan yang terlibat tidak akan diberhentikan sebaliknya akan dipindahkan ke bahagian khidmat pelanggan operasi dalam talian.

Microsoft sebenarnya memang berhasrat untuk meneruskan operasi sepenuhnya menerusi jualan dalam talian pada tahun hadapan tetapi rancangan ini dipercepatkan susulan daripada wabak pandemik yang melanda dan kiraan kerugian yang dicatatkan sehingga 30 Jun ini adalah sebanyak USD450 juta.

BACA: Android Sistem Operasi Mudah Alih Terbaik – Microsoft

14 Januari lalu, Microsoft mengumumkan penamatan sokongan Windows 7 secara rasmi selepas 10 tahun berkhidmat kepada pengguna. Selepas pemberhentian tersebut, pengguna Windows 7 tidak lagi akan menerima bantuan teknikal, kemas kini perisian serta keselamatan semasa menyebabkan mereka yang masih menggunakannya akan terdedah dengan pelbagai serangan.

Selain itu, cawangan Microsoft di Jepun berjaya membuktikan bahawa bekerja empat hari adalah lebih efektif kerana berlakunya peningkatan pada jualan dan penjimatan selepas ianya diamalkan.

Sumber: The Verge, Amanz