Microsoft Jepun Buktikan Kerja Empat Hari Seminggu Lebih Produktif

Jepun bekerja empat hari
Sumber: Mothership.SG

Jepun sering digambarkan sebagai bangsa yang kuat bekerja (workaholic) dengan memegang falsafah ‘semakin lama bekerja, semakin rajin seseorang itu‘ sehingga ada yang sanggup tidak pulang ke rumah demi melakukan kerja lebih masa.

Namun, persepsi ini cuba dihakiskan apabila kajian yang dijalankan oleh syarikat gergasi IT Amerika Syarikat Microsoft di Jepun memperkenalkan pekerja hanya perlu datang ke pejabat empat hari dan hujung minggu bermula Jumaat hingga Ahad.

Cubaan radikal syarikat ini terbukti berkesan dalam meningkatkan jualan dan penjimatan. Pelaksanaan hari bekerja ini telah dilakukan sejak Ogos lalu sekali gus memberikan 2,300 pekerjanya cuti istimewa.

Menariknya, firma itu turut mengehadkan waktu mesyuarat kepada maksimum 30 minit dengan penyertaan hanya lima orang sahaja dan pekerja turut digalakkan menggunakan komunikasi dalam talian berbanding emel. Bahkan, mereka tetap dibayar gaji kerja seminggu walaupun hanya bekerja empat hari.

Jepun bekerja empat hari
Sumber: WUSF

Hasilnya, amat positif dengan jualan bagi setiap kakitangan meningkat kepada hampir 40 peratus pada Ogos sejak setahun lalu, besar kemungkinan didorong pekerja lebih ceria dan gembira. Penggunaan elektrik juga dikurangkan kepada suku selain penggunaan kertas yang berjaya dikurangkan sehingga separuh.

Cubaan itu menunjukkan pekerja mahukan pelbagai pilihan untuk melaksanakan tugas dan dengan mengamalkan model yang lebih meluas mampu meningkatkan kecekapan.

Pelaksanaan itu diperkenalkan ketika kerajaan Jepun menyasar kepada amalan gaya kerja yang lebih pelbagai dan fleksibel, sekali gus menggesa perusahaan untuk menerima telekomunikasi, jadual kerja sambilan yang berbeza dan berulang-alik di luar waktu puncak.

Usaha ini adalah sebahagian daripada percubaan untuk menangani isu ‘karoshi’ atau kematian akibat terlalu kuat bekerja dan menggalakkan pasangan untuk mempunyai anak di negara yang bergelut dengan populasi yang semakin mengecil.

Sumber: BH

 

Lionsgate Mengumumkan 18 September sebagai Rambo Day

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.