
Mi MIX Alpha Telefon Pintar 5G Pertama Dengan Kamera 108MP
Dijual dengan harga sekitar RM11,769 seunit, Xiaomi Mi Mix Alpha 5G merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan kamera 108MP.
Merupakan peranti konsep terbaharu daripada syarikat Xiaomi, Mi MIX Alpha ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu hampir 180.6% daripada skrin peranti ini ialah skrin-ke-badan; dari hadapan ke sisi sehinggalah ke belakang.
Di bahagian belakang, hanya ada satu bahagian sahaja yang menghalang peranti ini menjadi peranti 100% skrin iaitu di bahagian kamera.
Menggunakan PCD yang direka semula, Mi MIX Alpha ini tidak dihadirkan dengan kamera swafoto kerana keadaan skrin yang boleh dipusing; hadapan menjadi belakang, belakang menjadi hadapan mengikut kehendak pengguna.
Diumumkan hanya akan dijual sebanyak 500 unit sahaja, harga jualan Mi MIX Alpha ini diumumkan bernilai bermula dengan RM11,769.
Ini Adalah Sample Gambar Yang Di Ambil Dari Kamera beresolusi 108MP #MiMIXAlpha.
Fun Fact : Smartphone ini beharga RM11,769 dan hanya 500 unit sahaja yang di akan dikeluarkan. pic.twitter.com/FTN7Lh1QmV
— Paanhanz (@paanhanztech) September 25, 2019
Tonton video penuh mengenai kecanggihan Mi MIX Alpha dalam pautan video di bawah:
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VkmKyDg6R/